mereka yang cute!

Wednesday, May 9, 2012

kehilangan seorang permata yang berharga


Assalamalaikum

pada hari Isnin lepas yang bertarikh 07/05/2012, sedang aku melawat kawan sekolah rendah bersama rakan-rakan yang lain di rumahnya disebabkan kemalangan yang menimpa dirinya 2 bulan yang lepas, aku mendapat satu pesanan ringkas daripada room mate merangkap classmate yang juga kawan rapat aku di kampus mengatakan bahawa seorang rakan kami yang satu batch tetapi berlainan fakulti dan kursus (kursus perakaunan) telah dipanggil Ilahi pada malam itu. seseorang yang sangat dikenali di kampus. aku tidak pernah berbual dengannya. bertegur sapa itu mungkin pernah tetapi hanya sekali. itu pun seingat aku ketika semester 1. terpana seketika apabila mendapat berita daripada kawan aku tu dan aku terus tersandar kerana sangat terkejut dengan berita yang baru aku dapat tu.

dirinya telah menghadap Ilahi disebabkan satu kemalangan yang menimpa dirinya dan empat lagi adik beradik yang lain ketika ingin mengambil adiknya di Sekolah Islam Hidayah. yang aku tahu kereta yang dibawa oleh arwah telah berlanggar dengan sebuah lori yang menyebabkan dirinya meninggalkan alam fana ini dan salah seorang adik-beradiknya (yang ni tak sure kakak atau adik) telah dimasukkan ke dalam wad dan dikatakan keadaannya dalam keadaan kritikal. marilah kita berdoa bersama semoga dia kembali sembuh seperti sedia kala. amin...

aku mengenali arwah di dalam majlis solat hajat dan bacaan Yaasin di dewan UiTM JB setahun yang lalu semasa kami baru sahaja memasuki kampus tersebut dan sedang menghadapi orientasi selama seminggu di sana. terpandang saja raut wajah arwah, terlintas di hatiku, cantik. dia sangat suka melemparkan senyuman kepada orang dan hatiku secara automatiknya akan menjadi tenang apabila terpandang senyumannya itu. aku kagum dengan dirinya yang begitu menjaga penampilannya. tidak pernah sekali pun aku terlihat dia memakai seluar atau baju yang ketat. ibu bapanya telah berjaya mendidiknya dan adik beradiknya yang lain supaya pandai menjaga maruah diri. ini kerana mereka 5  beradik semuanya perempuan.

aku percaya dia seorang perempuan yang sangat baik dan sangat menjaga perhubungan persahabatan dengan rakan-rakannya.  dan aku percaya juga dia tidak mensia-siakan perhubungan antara dirinya dan juga ALLAH. for your information, arwah telah mendaftarkan diri menjadi sukarelawan bagi satu persatuan yang membantu rakyat-rakyat yang terseksa di Gaza, Palestin. Masya-ALLAH, sungguh baik, lembut dan sensitif hatinya sehingga membuatkan dirinya teruja untuk meletakkan namanya sebagai salah seorang sukarelawan yang akan membela nasib mereka di sana.  aku dapat tahu juga, sewaktu tragedi yang mengerikan berlaku ke atas dirinya dan adik beradiknya, arwah dalam keadaan berpuasa. Subhanallah....sesungguhnya ALLAH amat menyayangi dirinya. arwah dipertemukan dengan sakaratul maut ketika dirinya sedang membuat amalan yang besar pahalanya di sisi ALLAH.

wahai kamu yang bernama Nurul Hafizah binti Mohd Faizul Aris, sesungguhnya ibu bapamu sangat bertuah kerana memiliki anak solehah sepertimu yang suka berbakti kepada mereka, berbudi pekerti dan pandai menjaga maruah diri. sesungguhnya sahabat-sahabatmu sangat bertuah kerana memiliki sahabat sebaikmu yang pandai menjaga perhubungan persahabatan dengan mereka. sesungguhnya kami sangat bertuah dapat mengenalimu walau sekejap cuma kerana kamu tidak lokek untuk memberikan senyumanmu kepada kami. tenanglah kamu di sana. semoga Syurga ALLAH sedang menantimu. Amin ya rabbal 'alamin...... Al-Fatihah.







CikDaunClover:
matinya kita tidak terikat dengan usia.bila ALLAH sudah mengarahkan malaikat maut mencabut nyawa kita, tiada siapa yang dapat menghalang. semoga mati kita nanti di dalam keadaan yang suci.suci daripada dosa.semoga amalan kita cukup untuk dibawa ke alam yang lagi satu.amin......amin ya rabbal 'alamin..



  

1 comment:

CG said...

salam takziah ntuk keluarga arwah..smoga rohnya tenang di sna dan sntiasa dicucuri rhmt allah :)