mereka yang cute!

Wednesday, May 2, 2012

the sweetness of sweet spy

Assalamualaikum

sudah sebulan bertapa di rumah. bayangkan cuti sem dua bulan setengah dihabiskan duduk di rumah semata-mata tanpa membuat sebarang kerja instead of kerja-kerja suri rumah di mana yang aku secara lahiriahnya dilahirkan sebagai seorang perempuan memang tidak layak untuk berkata 'tidak' untuk membuat kerja-kerja suri rumah tu. kalau taknak jugak memang nak mintak tibai dengan mem besar kat rumah tu.HAHA

yang membuatkan aku bertahan duduk rumah lama-lama is my lappy angkat (sebab the truly owner is abang aku tapi dia bagi pinjam sebab aku belajar kat kolej memang kena banyak guna lappy kan.lepastu lama-lama macam jadi aku punya sebab dia pun dah ada lappy baru) memang fitrah untuk budak baya-baya aku ni kalau sehari tak menghadap lappy and tak surf internet, macam susah nak buat kerja lain.kan? tolong angguk wahai generasi-generasi y sekalian. *tapi sekarang dah masuk generasi z aku rasa*

tanpa melayani kebosanan aku pun pi lah godeh godeh desktop. teringat pulak sebelum cuti hari tu ada mintak kawan sebilik movie or drama best.lepastu pi lah belek satu satu.and macam tertarik pulak dekat drama yang satu ni.korea lah yang penting--->sweet spy



al-kisah..(turn to the mode of pengulas cerita) drama ini mengisahkan tentang seorang police officer (Lee Sun-Ae) yang kematian suaminya yang disebabkan kemalangan. dia kemudiannya telah jatuh cinta dengan seorang spy dan juga pemegang saham yang terbesar di Korea yang sangat amat sungguh handsome yang bernama San Hyun-Ill (kot.lupa lah nama dia =.="). dan spy tu pun suka dekat Lee Sun-Ae tu. mereka bermula dengan menyamar jadi kekasih and pada masa yang sama Lee Sun-Ae ditugaskan untuk menyiasat tentang kematian suaminya dua tahun yang lalu. San Hyun-Ill pula sedang menyiasat tentang ball pen yang terdapat banyak informasi tentang rahsia dunia di dalamnya. dalam pada penyamaran mereka, bibit bibit cinta mula mekar dan bersinar dalam diri mereka (ayat jiwang nak mati =.=")






huaaaarghhh.... sweetnyeeee! O.o *pengsan*


pada mulanya Lee Sun-Ae mencurigai kekasih hatinya tu sebab dia tersangatlah misteri dan seperti banyak rahsia yang disimpan yang tidak diketahui oleh Lee Sun-Ae. oh lupa nak cakap. pakcik spy ni tak reti cakap korea. dia reti cakap omputih je. tapi dia faham kalau orang cakap korea.yang makwe dia tu pulak tak reti dan tak faham bahasa inggeris. diorang bercinta with barrier of language. tapi tu yang membuatkan diorang sangat sweet dan somel! ^^,

tapi kan yang sedihnya on the last episode, Hyun-Ill dituduh terlibat dalam pembunuhan suami makwe dia tu. polis pun tanpa membuat sebarang siasatan (konon dah penat sangat kot siasat-siasat tak jumpa bukti kukuh) diorang ramai-ramai serbu nak tangkap Hyun-Ill. tapi Sun-Ae tak terlibat dalam serbuan tu. lastly ada satu police officer perempuan-yang-menyampah-aku-tengok-muka-dia tu suka-suka hati je menembak terkena dekat dada Hyun-Ill sampai terjatuh dalam laut (scene di atas kapal) *oke time ni aku dah menangis kot.sob sob*

tapi yang sebenarnya yang terlibat dengan pembunuhan suami Lee Sun-Ae adalah polis perempuan-yang-menyampah-aku-tengok-muka-dia tu dengan sepupunya. Lee Sun-Ae tersangatlah sedih sebab dia dah kehilangan kekasih yang sangat sweet tu. but the end of this drama, Sun-Ae dapat panggilan dan panggilan tu adalah daripada kekasih hatinya yang handsome tu. mean Hyun-Ill tu tak mati pun. the end. lol

memang time cerita tu habis camtu je aku macam nak pengsan je rasa. last episode tu sangat spoil. taulah cerita tentang spy tentang penyiasatan. then yang last scene tu nak suruh penonton siasat jugak ke apa.dhe.... i thought cerita ni ada season two tapi disebabkan aku dapat tau cerita ni tahun 2005 punya macam agak mustahil lah kan nak ada season two or sequel sekarang.sangat mustahil.sob sob *sedih lagi*

in a nutshell (ceh mentang-mentang otw nak ambik muet :P) drama korea ni sangat sangat sweet sebab ada pelakon yang sangat handsome tu.huahua. plus, cerita-cerita pasal penyiasatan ni aku memang suka. konon nak jadi penyiasat jugaklah tu kononnya. cuma ada sedikit scene yang perlu di sensored time tengok cerita ni. biasalah, korea kan.lebih kurang je macam cerita-cerita hollywood. tapi maybe untuk korea punya ni kurang sikit..

apa-apa pun this drama has made me crazy (sekejap).saya suka hero dan heroin drama ni.sweeeeeeeeeeettt sangatt!! :D


Dennis Oh. i'm melting! ~.~ *pengsan lagi*





ni yang memegang watal Lee Sun-Ae.her name is Nam Sang-Mi. cantik kaannn....? :)




oke dah.


CikDaunClover:
depa masuk mimpi aku weh hari tu.hhaha gi-la =.="



4 comments:

mencari pelangi said...

mcm bestt ja crita ni, huhu

Nur Khairiyah Munit said...

best best! tengoklah.heee xD

dapurCikWan said...

minat korea ye..

Nur Khairiyah Munit said...

@dapurCikWan: hehhe x sangatlah.bila bosan2 je layan.. :)