mereka yang cute!

Sunday, April 29, 2012

hadapi dengan senyuman :)

Assalamualaikum.

jam sudah menunjukkan pukul 1.54 pagi. ayat poyo gila kan? haha. see? 1.54 PAGI tau bukannya petang. apa ajelah makcik ni buat malam-malam buta tak tidur lagi ni? ish ish ish...*sambil menggelengkan kepala*

hhehhe baru saja habis melepak di blog PuanSarah&EncikTaufiq. banyak pula si isteri tu bercerita sampai tersenyum-senyum keseorangan aku depan lappy ni joyah.HAHA.*blushing* haish haish. ye, mereka sudah berkahwin dan memiliki seorang anak perempuan yang sangat comel yang kalau dah kat depan mata aku tu mau merah pipi budak tu aku cium cubit gigit.kuikuikui. bayangkan mereka yang sebaya aku yang sudah genap masuk umur 20 tahun dan memiliki anak yang berumur 6 bulan. heyy saya sangat jealous oke.hewhew =.="

sangat kagum dengan mereka kerana tabah menghadapi segala cabaran di usia yang muda untuk berkahwin dan memiliki anak. walhal mereka masih seperti aku, masih belajar, masih menuntut di universiti dalam jurusan yang mereka ambil. sedangkan aku kalau dekat kolej pun baru diberi tugasan yang tak seberapa sudah mengeluh tak tentu fasal (ni sebab tak reti bersyukur). inikan pula mereka yang pasti menghadapi dugaan yang sama ketika belajar ditambah pula dengan komitmen sebagai suami isteri dan juga ibu bapa kepada anak mereka. i should give salute to them. bukan senang nak menghadapi semua tu dalam hidup menjelang umur baru masuk 20 tahun. mereka telah mengorbankan masa remaja mereka dan sesungguhnya Allah amat menyayangi orang yang bersabar menempuhi dugaan hidup.

tiba-tiba teringat pula ayat ini "walau apa pun yang ada di hadapan kamu, hadapilah ia dengan senyuman.nescaya kebahagiaan milik anda" macam lupa pulak dari mana dengar ayat ni tapi bila teringatkan kata-kata itu, ia sedikit sebanyak mengembalikan sinar untuk meneruskan cabaran dalam hidup. mungkin pasangan yang bahagia tu mengamalkan prinsip ni lah kot (hadapi dengan senyuman) sebab terpancar sinar kebahagiaan di muka mereka. Alhamdulillah. sangat bahagia apabila melihat orang lain bahagia.




“Siapa yang bergembira melihat orang lain bahagia, lalu mendoakan yang terbaik buat mereka. Maka Allah akan campakkan kebahagiaan seperti mana yang mereka mahukan. Walaupun di uji dengan pelbagai rintangan, segala kepahitan terasa manis yang teramat-amat.”


ohh selain tu jangan lupakan ALLAH pulak ye. segala yang baik datang daripada ALLAH. segala yang buruk adalah kesilapan kita sendiri. walau apa dugaan yang kita hadapi sekali pun nescaya ALLAH telah sediakan hikmah yang sangat berguna untuk kita kelak. dan ketika kesabaran tu seakan sudah menghilang dalam diri, bacalah ayat ni:


Maksudnya: Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdo`a dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir".



walau apa pun terjadi, hadapilah dengan senyuman.. :) *prinsip hidup yang baru* :P

kucing pun pandai senyum tau. ;) sekarang boleh tidur dengan senyum melebar.kuikuikui. Assalamualaikum.
may ALLAH bless all of us. amin.. :)


CikDaunClover:
bila tengok orang senyum, baru hati jadi tenang. :D





No comments: