mereka yang cute!

Saturday, December 31, 2011

COUNTDOWN 2012 :: Belasan Tahun yang Akan Ditinggalkan

Assalamualaikum

PERHATIAN: Entry yang anda akan baca sekejap lagi merupakan entry yang poyo. jadi, untuk mencantikkan jalan cerita ini diharap anda sudi untuk menukar mood anda kepada jiwang-jiwang poyo seketika supaya dapat menghayati segala bait-bait kata entry di bawah ini.sekian. :P

hari ini yang bertarikh 31 Disember 2011 bersamaan dengan 6 Safar 1433 Hijrah merupakan hari terakhir bagi tahun 2011. tepat pada pukul 12.00 tengah malam nanti tahun 2011 akan menutup tirainya dan akan digantikan pula dengan 2012 yang akan memulakan tugasannya selama setahun nanti. selesai sahaja 2011 mengundurkan diri, akan berakhir juga sesi belasan tahun umurku secara tidak rasminya (kalau secara rasmi kena lah tunggu 4 bulan lagi ekk. tehehhe :B *ni bisik tau* :P) for sure i'm gonna miss my 19. sob sob T_T.

pada belasan umur ini aku belajar erti persahabatan, erti kasih sayang, tanggung jawab, komitmen pada pelajaran,guru,lecturer.pada belasan umur ini mengajar aku erti kepayahan mencapai kejayaan, aku belajar ketabahan hati menerima segala hukuman dan cacian daripada guru dan pensyarah hanya kerana aku seorang yang bergelar pelajar yang selalu melakukan kesalahan. pada belasan umur ini jugalah aku belajar bagaimana caranya berbakti kepada orang tua. bagaimana caranya untuk terus menjadikan kekasih ALLAH, Nabi Muhammad SAW sebagai role model dalam kehidupan seharian.bagaimana caranya untuk terus bertakwa dan beriman kepada Pencipta sekian alam, ALLAH yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.

kebanggaan terus menular di dalam diri. selama belasan tahun ini aku menjalani kehidupanku sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini, banyak yang telah aku pelajari. dari sekecil-kecil zarah sehinggalah sebesar-besar perkara (takdelah besar sangat kot). sedikit demi sedikit corak kehidupanku mula berubah. daripada menjadi murid darjah 5 yang baru belajar nak fokus dalam kelas, kemudian meningkat naik ke tingkatan 2-3 yang baru nak 'up' yang budget apa semua yang dibuat tu betul (padahal nonsense je), kemudian kematangan sedikit terpancar tatkala umur sudah mencecah 17 yang baru nak belajar mengenali dunia luar yang banyak pancarobanya dan dugaannya (serius ayat jiwang nak mati =.="). kemudian aktiviti seharianku mula berubah apabila sudah masuk ke dunia universiti. bergaul dengan pelajar yang bermacam perangai yang sudah pasti lagi besar cabarannya. selama 2 tahun di universiti, corak kehidupanku sering berubah-ubah. just like trial and error. sudah 'begini' bosan, tukar cara 'ini' pula. dah muak yang 'ini', tukar 'begitu' pula. sehinggalah kepada aku yang sekarang yang sudah cukup baik bagi aku. semoga istiqamah melakukannya dan berharap dapat diperbaiki sedikit demi sedikit mengikut hari-hari yang akan ditempuhi akan datang. fuhh! penatnya membebel. dan akhirnyaa.....





hari-hari yang bakal ditempuhi akan datang pada tahun yang baru ini pasti mencabar jiwa dan minda. dengan kenangan dan pengalaman yang bakal ditimpa diharapnya dapat mematangkan lagi diri dan menjadikan aku seorang yang lebih berani menghadapi apa jua rintangan selepas ini.

doaku pada-MU ya ALLAH, semoga diri ini tidak akan tumbang dengan lakon layar dan penipuan duniawi yang boleh memusnahkan masa hadapanku. semoga aku sentiasa beristiqamah melakukan apa yang sedayaku ini. semoga aku menjadi yang lebih baik pada masa akan datang kerana sesungguhnya aku akan menjadi celaka jika hari esok lagi teruk daripada hari ini. kuatkanlah imanku ya ALLAH. hanya pada-MU ku meminta dan hanya pada-MU jualah ku berserah. amin ya rabbal alamin....

CikDaunClover:
semoga hari esok lagi baik dari hari ini. insya-ALLAH. may ALLAH bless. ;)

1 comment:

AzwanRamli said...

Good luck...walapom lambat nk wish..hehe