mereka yang cute!

Thursday, December 29, 2011

manusia pada pandangan ALLAH

Assalamualaikum..
salam hari Khamis semua.kejap je dah nak tahun baru. bermula tahun baru berakhir jugak cuti mid sem beta untuk semester ni.huahua.kejap bebenor cutinya.(nama pun cuti MID sem =.=") hari ini seperti biasa bergiat aktif lagi dengan berblogwalking terjah blog-blog orang yang awesome di dunia maya ini. and terbaca satu entry yang begitu menusuk jantung usus pankreas aku jugaklahh di blog orang ini

terasa macam nak menangis je rasa. ada jugak orang yang macam tu. errr tapi pada hakikatnya, ramai je manusia yang bermulut longkang  hanyir macam orang yang diceritakan dalam blog dia tu dekat dunia ni. di facebook contohnya, kalau tengok dekat home tu, memang ada je yang nak mencarut, mencerca, menghina dan 'men' yang sesuai dengannya dengan sebab-sebab yang tertentu. saya sebagai manusia yang punya kesensitifan yang tinggi ni (yeke?) agak begitu tidak selesa dengan kenyataan mereka yang boleh menyakitkan hati siapa-siapa saja yang membaca kenyataan mereka itu.

sebagai contoh:
"ehh engkau tu dahlah gemok! hodoh pulak tu.cermin lah diri tu sikit..ada hati nak rampas pakwe aku yang handsome tu. boleh jalanlah!"

"kau tu nak cakap cantik pun tak..hodoh je aku tengok. bodoh pulak tu. kesiannya aku tengok kau ni."

"tak payah nak budget sangatlahh. keluarga pun miskin. ada hati nak bergaya macam anak sultan.ceitt!"

woww! terkejut tak? terasa kan? kalau aku pun terasa. manalah tau orang yang berkata sedemikian tengah cakap pasal aku ke...? ehh ehh tapi ni contoh je tau. jangan ada yang terasa hati pulak ye. hehhe *ampun-ampun* tu kalau dekat facebook. cuba kalau orang tu depan kita. bayangkan orang tu mencerca kita face to face? sangat sadis for sure, kan? tapi.... perlu ke mereka katakan sebegitu rupa? kalau iye pun marah bebenor. apa yang mereka dapat dengan buat macam tu? konon buat macam tu boleh releasekan tension lah ye?hurmm... tetapi lupakah mereka?


ALLAH itu Maha Melihat kan? tak rasa malu ke pada ALLAH? even ALLAH pun tidak pernah mencerca, menghina makhluk-NYA. inikan pula kita manusia yang lemah, yang sentiasa ada cacat celanya, kita tiada hak langsung nak memandang rendah pada orang lain. sebaliknya, sebelum mencari kesalahan orang lain, betulkan dulu kesalahan yang ada pada diri sendiri. orang-orang yang dicerca seperti itu, mereka tidak layak mendapat itu semua. ALLAH mencipta manusia sebaik-baik umat. semuanya cantik di pandangan ALLAH. sesungguhnya ALLAH cantik dan sukakan kecantikan. :)

mungkin mereka banyak kelemahan, tapi kita tidak tahu di suatu sudut mungkin mereka ada kelebihannya. ALLAH Maha Mengetahui apa yang kita tak tahu. sebagai contoh orang yang bersuara sengau, dari fizikalnya   mungkin kita lihat tiada apa yang ada pada dirinya kecuali ke'sengau'annya, tapi dari sudut lain mungkin ALLAH menganugerahkannya dengan satu kelebihan yang kita tak nampak seperti diberi kekayaan, isteri yang cantik dan solehah dan sebagainya. ini menunjukkan bahawa sesiapa saja tak kira kita ni cacat ke, hodoh ke, gemuk ke, miskin ke, boleh mendapatkan apa yang diinginkan jika berusaha dan akan dimakbulkan oleh ALLAH.(berkait tak dengan topik? =.=")

Justeru, wahai orang-orang yang suka mencerca,orang-orang yang suka memandang rendah terhadap orang lain, ALLAH Maha Melihat, ALLAH Maha Adil, jangan sampai cercaan itu terkena pada batang hidung sendiri. jangan sampai diri sendiri lebih hina daripada orang yang anda hina itu. what goes around comes around. ;)

dan kepada orang yang pernah mendapat cacian, hinaan daripada orang lain tu, tak perlu lah nak bersedih. tapi jangan nak berbalas dendam pula. terimalah dengan hati yang redha. dan berdoalah semoga orang yang mengenakan anda itu akan mendapat hidayah dari ALLAH dan semoga tiada orang seterusnya yang menjadi mangsa cercaannya.




mood: bermuhasabah diri
may ALLAH bless all of us! amin... ;)


CikDaunClover:
perbaiki hari-hari anda dengan beristiqamah melakukan kebaikan. Insya-Allah. Allahu'alam. :)

No comments: