mereka yang cute!

Sunday, January 13, 2013

kami panggil 'bulatan' itu 'bulatan gembira' :)

Assalamualaikum W.B.T

diam tak diam sudah masuk 1 Rabiul Awal 1434. beberapa hari lagi nak masuk hari meraikan kelahiran nabi kesayangan kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah syukur yang tak terhingga kepada-Mu ya Allah kerana masih diberi kebebasan untuk hidup di dunia-Mu ini.semoga kebahagiaan sentiasa menyinar di dalam hidupku.amin..

aku mengenal 'bulatan' ini pertengahan tahun lepas.mungkin masa tu hanya ajakan kawan dan tak rasa excited pun nak join 'bulatan' tu sebab tak tahu pun apa input yang akan aku dapat lepas join benda tu.yang menyertainya jugak agak sikit sebab mungkin ramai tak tahu tentang 'bulatan' itu.

masuk sahaja di dalam surau, terlihat dua orang kakak yang bertudung labuh. tenang je melihat raut muka mereka setenang air dikali.ecehh.mereka menyampaikan isi-isi hujahan mereka dengan seraut senyuman yang sangat manis.sehingga aku terikut senyum melihat mereka.ketenangan mula meresap dalam jiwa dan hatiku.seperti satu kuasa yang membuatkan aku terpana agak lama ketika mereka menyampaikan hujahan mereka. hujahan itu pula dikukuhkan pula dengan kalimah-kalimah yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis. betapa terpegunnya aku ketika itu. satu perasaan mula menyelinap dalam hati kecilku-aku ingin mendengar mereka berkata-kata lagi.aku tidak puas.

bermula dari situ, baru aku sedari 'bulatan' itu dipanggil usrah.tapi aku senang jika ia dipanggil 'bulatan gembira'. sebab kami gembira berkongsi sesuatu yang kami ingin kongsikan.lama kelamaan aku menjadi tidak keruan jika tak menghadirkan diri di 'bulatan gembira' itu.aku rasakan ada sesuatu yang perlu aku isi di waktu aku lapang.

dikala aku bersedih,gundah,gelisah,disamping mengadu kepada Allah, bulatan itu yang aku teringatkan. sering saja menghitung hari, bila lagi nak buat bulatan gembira ni? sehinggalah semester ini, kami membuat kata putus untuk mengadakannya setiap hari rabu pada pukul 5 petang. hati aku sangat teruja melihat perkembangan tentang bulatan gembira ini. daripada hanya beberapa kali dalam setahun, kini aku berasa lega kerana perkembangan ini menyebabkan lagi ramai muslimah/naqibah yang ingin menyertai kami.sehinggakan seorang kawan menangis kerana terlalu terharu atas jumlah penyertaan yang menyertai kami pada kali ini sangat ramai.

terima kasih ya Allah.kerana memilih aku sebagai insan yang terpilih untuk menyertai 'bulatan gembira' ini.banyak yang aku belajar dari situ.'bulatan gembira' ini selalu mengingatkan aku tentang kehidupan,tentang Akhirat, tentang segalanya! aku sayang mereka.ukhwah fillah.semoga Kau merahmati kami ya Allah..amin ya rabbal alamin. :)

CikDaunClover:
hargailah atas apa yang kita miliki sekarang.jangan sampai kita menyesal jika ia tiba-tiba hilang di depan mata.may Allah bless us. :)

No comments: