mereka yang cute!

Monday, October 3, 2011

jom kita menabung!

Assalamualaikum
haiih bosan pulak rasanya macek duduk lama-lama dekat rumah. padahal ada lagi satu paper yang belum dijawab. tapi memandangkan gap untuk paper MGT269 lama gila macam apa terpaksa la pulang ke pangkuan keluarga terchenta. terpaksa ke? =.=" err... nak keluar pulak pokai cam harem. huahua. almaklum.. dah akhir-akhir sem ni poket makcik dah pancit dah. duit laju jee berjalan lately ni nakk... tengok-tengok je dalam ATM, macam nak pengsan je rasa. beginilah nasib. siapa suruh rajin sangat mencurahkan duit kepada yang tak sepatutnya. padan muka hang jenab. ehh bila masa pulak mak tukar nama aku jenab? =.="

dahlah milah, penat pulak membebel. tapi tetiba teringat pulak dekat kakak senior tinggi lampai mencacah langit yang pernah jadik room mate saia sem lepas.makcik tu time mula-mula kenal tengok masya-Allah...sombongnye. tapi tak tau beliau lah hamba Allah yang paling peramah paling mesra alam paling friendly (same je kot) dalam bilik aku tu. dahlah cantik, pandai pulak tu. dulu time dekat bilik beliau seorang penabung yang tegar. nak dikatakan setiap hari tabungnya yang merupakan botol mineral water je pun diisi dengan beberapa keping duit syiling. terharu aku menengoknyee. dia kata, nak simpan duit nak pergi PARIS. Paris you know. bukan parit depan rumah aku tu limah oiiii... haha yok yoo je makcik senior tu.

tapi beliau yang dah pengaruh aku nak mengamalkan penabungan tersebut. teringin juga rasanya beta menabung, menyimpan duit sikit-sikit, lama-lama jadi sekampit beras. boleh buat kahwin. hakhak dah datang dah gatai dia... pelan-pelan diamalkan hobi ni. lama-lama jadi excited pula. sampai seminggu aku boleh kumpul 8rm. haha gi-la. agak obses jugak dengan benda ni. aku tak pernah guna satu sen pun duit syiling aku. kalau beli apa-apa ke, kalau time nak bayar dekat kaunter, makcik pakcik akak abang adik tanya ada duit syiling tak? laju je menggeleng kepala cakap takdak. padahal dalam purse berkepok-kepok duit syiling aku. tiba je masa nak letak dekat tabung mini saia <---- khas untuk di kolej saja. dekat rumah letak dekat tabung utama pulak :D, humangai! rasa bangga menyerbu diri. pandai jugak aku simpan duit ye. *hens hens* -,.-


taraaa..~ lihatlah diriku tersergam indah di dalam bilik tuanku. ni nampak macam ATM kan? haa ni lah tabung utama beta di rumah. tak taulah mana aku jumpa nih. selongkar-selongkar ehh2 jumpa pulak tabung. lagi lah bertambah tinggi ke'excited'an di dalam diri ini. sepanjang satu sem ni aku amalkan menabung nih. rasa berbaloi pula. tapi macam tak puas hati pulak. rasa je berat pahtu dikira semula tak sampai 100 pun. tapi takpe benda tu takkan melemahkan semangatku untuk meneruskan hobi yang fun ni. fun wehh. aku tak taulah kenapa. aku yang rasa. kau ada?

lepasni apa yang akan aku buat dengan semua duit syiling tu? ting! menurut pandangan kawan baik saia aka orang yang rapat dengan saia aka orang yang bakal menemani diri ini seumur hidup selepas ni (insya-Allah..) duit syiling tu semua akan dibekukan di dalam bank. dibekukan di sini meaning that disimpan dalam bank tapi susah nak dikeluarkan. hanya boleh ditambah sahaja amount di dalamnya. kalau nak dikeluarkan pun tak boleh guna kad ATM, tapi perlu datang sendiri dekat kaunter mintak sendiri nak keluarkan berapa banyak yang kita nak. kot. begitulah caranya. wallahu'alam.

apa-apa pun akan kugagahkan jua diri ini untuk meneruskan amalan ini sampai lah duit syiling dah tak digunapakai lagi dekat dunia nanti. ada ke? entah. =.="
oke wish me luck! may ALLAH bless. ;)


CikDaunClover:
tak taulah cuti sem sebulan lebih duduk rumah nanti nak buat apa jee. T_T

No comments: