mereka yang cute!

Friday, September 16, 2011

misunderstood

Assalamualaikum..
sedang bercuti di rumah.yay! online  online online online..padahal saje buat tak sedar yang petang isnin nanti bakal mengadap final paper for BEL311 aka English for Study Purposes. chewahh tak sangka aku boleh mengingat benda alah tu.dulu nak mengingat kod subjek bukan main susah.sekarang hanya di hujung jari.yeke? errr..oke abaikan.
aku perasan kan orang suka salah faham dengan aku.kenapa? because of my memek muka. tahu memek muka?macam ni.


alalaa comelnyee...tapi kalau aku yang buat confirm2 lagi comel. kannn. =,="
berdasarkan pemerhatian aku,ramai yang tak berani nak tegur aku sebab sometimes muka aku akan jadi macam tu.apa ingat aku moody je ke tiap masa? tanyalah orang yang kenal aku,selalu ke atau pernah ke nampak aku moody. kalau mereka cakap iye maknanya mereka itu bakal kena backhand sama ini miss president.ehem2. sometimes kalau aku tengah buat kerja pun muka aku berkerut.sampai satu hari tu aku kena tegur dengan roommate kawan aku. "berkerutnya muka...senyumlah sikit cik khai oii.." erkkk terkesima aku dengar minah tu cakap macam tu kat aku. obvious sangat ke? rasanya biasa-biasa saje muka beta ni. sampai macam tu sekali orang katakan kepadaku? nak mengukuhkan lagi statement tu, aku pun buatlah experiment dekat bilik aku. 1st step, letak cermin yang boleh berdiri atas meja. 2nd, letak semua tugasan yang ingin dibuat atas meja berhadapan dengan cermin. 3rd, duduk menghadap cermin sambil buat kerja. sambil-sambil tu menjeling kejap-kejap dekat cermin.hasilnya... omaigod!!! anak siapa yang comel sangat nih?? hhaha rasa macam nak lempang je kan?? oke statement is proven. memang benar. berkerut benor muka teman. macam presiden zimbabwe memikior masalah negara ajee. ish3...ate,nak buat macam mana lagi. dah dianugerahkan muka yang sebegini rupa. iye dakk?? 

patutlah ramai yang cakap aku garang. garang?? hahha macam susah benar je nak mencernakan perkataan tu dalam kepala otak aku nih. tak taulah part mana yang garang sangat tu. geng-geng rapat bas sekolah aku takde pulak cakap macam tu. ni orang-orang yang tak berapa sangat kenal aku nih. hermm.. lagi satu, aku pun sampai sekarang tak tau macam mana nak marah orang betul-betul. sebabnya, kalau aku marah je mesti tak jadi sebab ada je benda yang mengganggu. kalau aku betul-betul sangat-sangat sungguh-sungguh  amat-amat marah sangat sampai geram pun aku tak boleh marah orang tu. melainkan menangis. tu jelah yang aku mampu. err..maybe mereka mengatakan sebegitu (garang and suka marah) sebab aku main-main kot. tengok, aku main-main pun orang dah cakap aku serious. camnoi aihh. haih haih haih. saya pun taktaulah nak buat macam mana cik timah. moral of the story, don't judge myself before you know myself deeply from your heart. thank you. teheheh... may Allah bless! ;)

cikDaunClover:
terasa heaven duduk dekat rumah sebab dapat online lama-lama.ngehehhehe :DD

Sunday, July 24, 2011

seminggu berlalu bagaikan tiada apa yang berlaku =,="

assalamualaikum.....



hermm.cuti mid semester bakal menutup tirainya pada hari esok yang hening lagi menyayat hati.ceh ayat nak over jee. apa yang aku dah buat ekk selama seminggu dekat rumah ni?macam tak rasa berbaloi jee..well..let see...

1. online dari subuh sampai ke tengah malam =,="
2. menyeludup segala movie/drama seantero dunia dari lappy akak aku masuk ke dalam lappy aku.erkk    takdelah 'seantero' sangat.malay,korea dengan japan movie/drama je kot.hakhak :P
3.  mengedit gambar segala bagai.bajet expert sangat jee. :D
4. jalan2 keliling bandar pontian menghabiskan duit membeli barang segala bagai--->shoes,skirt,shirt,tudung. oke this is how a girl does.for 1/month at least.hekhek :D
5. masak.err...sometimes?ngeee.pemalas punye budak.dush3!
6. setelah menyeludup segala bagai dari lappy akak aku,takkan nak disimpan je kan.mestilah digunakan dengan sebaik yang mungkin...and this is why i'm always terperap dalam bilik.err... 18hours/day? heeeee xD
heyy but i never forgot to do my pray oke.thats compulsory right.our kewajipan.you knwo about that?alhamdulillah. :)

okeyy..one thing that i totally really3 definitely forgot! my dearest statistic(QMT181) and pend. Islam(CTU241).....tehehehheee...bawak je balik.tapi satu haram pun tak dibaca.even nak bukak pun takde kan,khairiyah,kann....even i knew that next week there are testes for these subjects.okey ni memang aku buat cuti betul2 cuti punye.macam cuti semester jee.terlepas pandang pada perkataan 'MID' before word 'semester'.bagusnyaa...hang pi lah sana tension,khairiyah.biaq pi padan muka hang.hailoh2... T_T

besok nak balik dah.babai rumah.babai katil.babai mak.babai pak.babai akak.heee hailaa...habislah aku kat sana.bermulalah kembali 'penyeksaan' yang tiada penghujungnyaa.huahua.err takdelah penyeksaan sangat.its more to aku yang menyeksakan diri sendiri.sebab?tak reti bersyukur dengan masa yang diberi dan tidak digunakan dengan sebaik yang mungkin.*ini baru dinamakan student..err tak ke?ngeee*

*i wish to khatam the quran before ramadhan so that in that month i could start with the 1st juzu' and join in tadarus at college nanti.insya-Allah....Ramadhan..wait for me ya. ;)


CikDaunClover:
lagi seminggu lebih je nak puasa?i wish everything would going smoothly.insya-Allah..may ALLAH bless. :)

Tuesday, June 28, 2011

PART III

  • MGT269  :'((
  • BEL 311  :(
  • ECO 261 :|
  • QMT 181 :|
  • CTU 241 :)
  • BAB 101 :)
  • HSK 222 :D

suffering!!! >.<

there are 3 more semester have to go through. tak sabar nak habiskan for PART III.really suffering my heart and blood (overdose).a lot of assignments need to do.very a lot! need to get her attention.i hope so.even never hope that. may Allah protect me from get sick because all of this.

heyy tak baik tau mengeluh.ish2...astaghfirullah hal azim...hope everything going smoothly for this sem.even macam kureng je. =,="
sebab? start a new day with a new 'task'.almost for every day.sabor jelah macek. may ALLAH bless all of us.amin.... :)



Thursday, May 26, 2011

terungkap segalanya

Assalamualaikum...
result diploma telah dikeluarkan semalam.pagi-pagi lagi kawan dah telefon dengan suara yang sangat 'happening'.budak dekan yang call,memanglahh.terkezut aku mendengar suaranya yang merdu merdan mengejutkan aku pagi-pagi buta(err takdelah buta sangat pun.kalau kat sekolah,budak-budak dah setat beratur dah :D) *kantoi bangun lambat.huahua* tak jadi aku nak sambung tidur disebabkan kecuakan melanda diri.alahaii kawan..saja je tau nak spoil'kan mood tidur aku. lepastu boleh pulak dia cakap, "kau mesti dekan jugak nih..." wahh dengan bangganya mengatakan sebegitu rupa.wahai kawan,aku tidak seperti dirimu.aku tidak sepandai dirimu.
dengan hati gelisah keluh kesah mak esah,aku gagahkan jua untuk menyemak keputusan exam yang telah aku duduki semester lepas. blur sekejap 7saat.
-
-
-
-
-
-
-
-

oookeee.....mana satu aku nak tengok nih?haq yang bawah ka yang ataih nih?----->   atas-current semester
                                                                                                                              bawah-semester in total.
oooo yang ataih tu kutt....oke aku dah tau result aku.terkedu.oke tak dekan. T_T
tapi dalam hati aku mengucapkan syukur banyak-banyak kali.alhamdulillah....apa yang tak diingini tak berlaku ; repeat paper.aku bersyukur sangat.walaupun sedikit sedih sebab target nak dapat dekan tu tak tercapai.its oke lah dear.next sem ada lagi *cuba menabahkan hati* aku kan tabah. xD
aku bersyukur jugak sebab at least pointer aku meningkat.alhamdulillah...walaupun aku tak dapat sehebat rakan-rakan seperjuanganku,contoh kawan aku yang haq ataih nih. 3.80 wehh.salute dear! insya-Allah aku akan ikut jejak kau.wait for me,ya! ;) aku?lagi 0.12 lagi nak dekan.takpa-takpa..ada masa lagi.i know i can do it! chaiiyoo cikDaun! ;) mari kita berdoa pada Yang Maha Esa. ^^,


oke,now nak uruskan pasal rayuan kolej aku pulak nih.kalau kampus lain mesti confuse kan.aku dah masuk u,nak rayu-rayu kolej buatpa lagi..kolej di sini bermaksud hostel.entah kenapa tiba-tiba pulak aku tak dapat.aku rasa tak ada sebab kenapa aku boleh tak dapat.nak dikata tak aktif,banyak je event yang aku join.jadi AJK semua.sangat terkilan dengan apa yang pengurusan kolej 'lakukan' dekat aku.dua kali call pihak pengurusan kolej, dua kali jugak mengecewakan aku.daftar kolej ahad nih.hailohh..camno eahh ni? aku harap lepas ni harapan aku nak masuk kolej semakin cerah.amin ya rabbal alamin....wish me luck,dude.hukhuk~ 

dahlah.sedih pulak aku mengenangkan pasai benda alah ni.hermm tawakal jelahh.haruuu.... =,="
may ALLAH bless us anyways.assalamualaikum...takjawabdosakalaujawabsayang.oke babai. ^^,

CinDaunClover:
ehh dah nak puasa lahh.macam belum habis ganti je lagi gayanya nih.huahuahua :P


                                                                                                                                                   

Tuesday, May 10, 2011

salah ke perempuan tak reti masak?

Assalamualaikum....
zaman sekarang ni ramai orang yang jenuh mengeluh perempuan tak reti masak.berdosa ke kalau perempuan tak reti masak? kawan aku pun pernah tanya kat aku.dia antara salah seorang perempuan kat dunia ni yang tak reti masak.apa salah ke kalau kitorang tak reti masak? tidak adalah salah. cuma benda ni kan macam satu keperluan bila kahwin nanti. takkan tiap hari nak bagi suami dengan anak-anak kamu makan pasir kot..tak pun bungkus mamak je? ate,suruh jelah suami kamu kahwin dengan mamak tu.erkk.lalala~ masak ni sebenarnya simple. takdelah serabut sangat macam nak selesaikan soalan fizik,kimia apa kejadah tu semua.




tapi aku kesian jugak kalau perempuan yang tak reti masak tu di'condemn' habis-habisan. katanya,kalau tak reti masak, jangan harap boleh jadi bini aku. wahhh...demand lebih. saudara, memasak ni bukannya tak boleh belajar.lama-kelamaan calon isteri awak yang tak reti masak tu akan belajar jugak.dia pun ada rasa malu jugak.lagi-lagi dekat emak saudara  yang bakal jadi mak mertua si calon isteri saudara tu. janganlah tau dia tak reti masak terus saje reject. paling-paling pun bagilah support kat dia.kalau benda lain tau pulak nak support.ni benda alah macam ni main reject je.manalah tak andartu wanita-wanita sekalian.

kalau dah bagi syarat macam tu lah kan.saya nak tanya saudara,ermm boleh jadi imam tak?mengaji lancar tak? tak boleh? tak lancar? so....jangan harap boleh jadi suami saya. ehh ehh.senyap? :D
apa awak ingat awak sorang je ada syarat ke.

moral of the story,tak payahlah nak condemn orang sangat kalau seseorang tu tak pakar atau tak reti langsung nak buat satu benda tu.sebab diri kita pun bukannya perfect sangat.ada je cacat celanya. dan bukannya tak boleh belajar semua tu.cuma perlukan masa dan komitmen yang tinggi untuk membuatnya. apa?saya marah?sebab saya tak reti masak?ehh saya tak pernah marah..iye ke saya tak reti masak...?haa lagi satu jangan prejudis dengan orang.tengok, tiba-tiba ada je orang yang berkata begitu begini kan. saya pun manusia yang lemah.banyak sangat cacat celanya. sentiasa ingin meningkatkan diri demi kebaikan sendiri. wallahualam.may ALLAH bless us.amin... ;)

CikDaunClover:
siapa yang kata saya tak reti masak tu?meh sini saya sekeh kepala dia. :DD

berhentilah daripada bersikap prejudis

Assalamualaikum....

pernah tak korang melihat atau berjumpa dengan seseorang yang suka berfikir atau bersangka buruk terhadap orang lain.tak kiralah orang tu siapa.even orang yang tak kenal pun dia boleh kata macam-macam. kadang-kadang tension jugak menghadap orang yang rupe gini. ate,idak ade keje lainn...busy body memanjang.kalau busy body saje idak apele.ini ditambah lagi dikutuk orang tu macam-macam.udah-udahla tu menambah dosa cik oii.... ini bukanlah nak di'direct'kan kepada siapa-siapa. hanya general semata-mata ye.
cuma kadang-kadang aku tak fahamlah orang yang macam ni.apa yang dia dapat kalau asyik nak prejudis terhadap orang lain. kalau betullah orang yang diprejudiskan tu memang tak suka kat dia ke..at least bersangka lah baik.mungkin kamu ada terbuat sesuatu yang membuatkan seseorang tu tak selesa.
bagi aku setiap orang ada hak nak suka atau membenci seseorang. pokok pangkalnya, lihat diri sendiri. janganlah kita pun nak membenci seseorang kalau orang tu dah benci kita. tak salah kan berbuat baik dekat orang...? :)
kembali pada tajuk utama.cewahh. prejudis atau bersangka buruk ni kalau ikut fahaman aku, sama saja macam kita mengutuk orang. contohnya, seorang budak perempuan ni berceritalah kepada kawan dia tentang ketidakpuas hatian terhadap seorang roommate dia ni.dia ceritalah roommate dia begitu begini. si pendengar yang mendengar ni pun rasa tidak puas hati.dia pun ikut sama geram ni.terdetiklah di hati budak ni,eish perempuan apalah macam tu. bagus sangatlah macam tu.nampak sangat kurang didikan agama.
wah manis mulut madah berbicara.tu kalau dicakap dalam hati.cuba kalau diluahkan kepada orang lain.tak ke orang lain pun berfikir yang sama jugak.
bersangka buruk ni sama jugak macam memfitnah orang.baik orang tu tak salah apa-apa dituduhnya begitu.tak ke parah tu. tak memasal je dapat dosa free.nauzubillah himinzalik.mintak dijauhkan.
kalau betul pun orang yang diperkatakan sebegitu sebegini,sebaiknya kita bersangka baik saja.kan itu lebih elok.bukannya kita kenal pun orang tuu. dan jadikanlah cerita itu sebagai pengajaran.janganlah duk canang cerita tu pulak.kot ditokok tambah cerita tu dah jadi lain bunyinya. tapi kalau nak diceritakan sebagai pengajaran tu boleh saje.asalkan jangan disebut si pemilik nama.
jadi makcik pakcik sekalian.berhentilah daripada bersikap prejudis ye. saya ni pun bukannya baik sangat sampai nak mengkritik-kritik orang.cuma menegur apa yang tak baik.tak salah kan... even kalau orang salah tajwid bila baca al-Quran pun wajib ditegur. ini pula perkara macam ni kan. habluminannas..hubungan antara manusia dengan manusia.berbuat baik antara manusia. may ALLAH bless us.amin.....
wassalam.. ;)

cikDaunClover:
kalau saya ada salah pun harap ditegur yee.... :)

Tuesday, March 29, 2011

trip MKT243

Assalamualaikum....

trip MKT243 aka marketing telah dijalankan pada 18mac2011 bersamaan dengan hari jumaat pada minggu lepas di Seremban, Negeri Sembilan.cehh gaya macam nak buat report je.(miss,extra mark ehh. xD).sepatutnya kami dibenarkan buat dekat area Johor je tapi disebabkan wakil kelas kami hantar paper work awal dan mereka begitu komited dengan tugasan ni.selepas dibentangkan dan berbincang baik baik dengan koordinator kampus,akhirnya kami berjaya membuat trip di Seremban.yayy! agak bangga lah jugak even bukan aku yang buat paper work tu kan.. xD

bawah ni antara aktiviti yang kami lakukan sepanjang trip sehari semalam tu..maleh nak cerita panjang.

sebelum bergerak ke somban.agak awal ye kami bergerak.pukul 6.30 kena kumpul ye.tapi ramai yang datang pukul 7.00 ye.biasala tuu...*bergambar dulu.peace... :D*


destinasi pertama yang dituju.JELITA OSTRICH SHOW FARM.memang sangat jelita ye ostrich2 di sana.tak percaya?tengok ni haa..

jelita kan....?dengan bulu matanya yang meliuk lintuk.ni baru betina.tengok jantan pulak..


weeewitt! handsome tuu.....lagi cantik dari betina.*lihatlah diriku* fakta:haiwan jantan akan lagi menarik daripada haiwan betina.ini fakta ye bukan auta. *ooo..baru saya tau...* pandai anak2 murid sekalian.

ketika otak sedang dicuci oleh pengelola kat ostrich farm tu.pengelola ke?err hembus jelahh..



tiba masanya untuk makan,anak2....meh sini mummy nak bagi makan ni.ala ala bucuk...best tau bagi makan kanak2 ostrich ni.bagi sekali nak lagi...ehh ehh mana cik daun?tak berani ke..?ehh ada jee..cuma malas nak inter frame... :P


eh ehh mana datang para kambing2 sekalian ni?kesian...mereka ni kurang kasih sayang..tengok orang lain duk sebok melayan ostrich yang bertaburan tu,mereka pun teringin jugak..kesiannya dia..manja2 macam cikdaun jugak.huahua.cikdaun?aku lah tuu... :D

its time tu menunggang ostrich..yeeeehaa...!! wah2 cik salimah habibi...vouge kamu ye.suka le tu dikelilingi mamat2 'pujaan himalaya'.himalaya ke?err..tak kot..ehh ehh saya tiada lagi?err...ermm...hehhe.gayat lah macek... :D

pijak jangan tak pijak.eh eh macam kenal je kan orang yang atas ni.err...abaikan.agak macam nak terjatuh ye.nasib baik tak pecah telur makcik ostrich nih.nampaklah ke'berat'an saya masih boleh dikira ringan kan... *perasan*


hey dapat makan satay ostrich.rasanya?rasa ostrich lah.bau?bau ostrich lah.bolehlah tahan.tapi tapi agak mahal kot.daging kemetot macam tu RM1.80...sangat kagum.

babai ostrich2 sekalian...sangat rindukan kecomelan kamu semua.our 2nd destination was YAKULT!


tara...!! haiih pakcik dua ekoq nih.suka betul menyelit.almaklum...mereka je ni hero malaya seantero kelaih(kelas) aku nih.nak jugak menyesat di sini.huahua



akak ni yang jadi 'tourist guide' kami semasa dekat dalam bangunan YAKULT yang tersergam indah lagi permai dan damai itu.tapi sayang,tak dibenarkan mengambil gambar time pemprosesan yakult ni berlaku.kang tak memasal ada kembar yakult pulak dekat Malaysia ni kan.tak memasal jugak cikdaun yang jadi mangsa.huaaa..


sesi taklimat bermula.macam khusyuk sangat je.tapi tapi akak tourist guide tu bagi air free tau.sanat best.saya sukaa... ^_^
fakta:yakult mengandungi bakteria baik yang bernama..err(tak ingat) yang dapat mencegah dari mendapat penyakit serta meningkatkan imune dalam badan.sekian :)




tara....motif?saja mencapub.dah tak tau nak buat apa lagi.itu sajalah report saya pada hari ini.sekian...trip pada hari itu sangat best ye.lecturer puji tau.yay extra 5 marks! (yakinnyaa.... =,=")


cikDaunClover:
baru lepas join ORIENTEERING 1MALAYSIA.best.dapat cuci mata.huahuahua (gatal! >.<)