masih terngiang di pelupuk mata betapa gahnya ciptaan Allah di bumi helang<---langkawi yang aman nan indah. betapa terujanya mata ini melihat pemandangan semula jadi yang maha hebat dek Pencipta yang Maha Kaya, Maha Agung, Maha Besar yang tiada tandingannya. Subhanallah! hanya itu yang mampu diungkapkan dengan kata-kata.
DAY 1:
on the way ke Arau, Perlis untuk menginap di sana sehari. as viewed daripada dalam bas UiTM di hatiku,
ni dekat Kedah rasanya. err tapi sebenarnya time dekat Kedah waktu dah malam.ni gambar google je.huahua *dush dush* hambek kau.okelah tu daripada takde.. :P
DAY 2:
Bergerak ke Feri Kuala Perlis menuju ke Langkawi.weeeeeeee~
check in di CENTURY SURIA CONDOMINIUM. kondo kauu.. bukan rumah tumpangan. ada swimming pool tau (jakun :P). heavennnnnnn~ ngehhehe :D
kami meneruskan lagi perjalanan ke kedai gamat--> Warisan Sireh Lagenda. mana datang sireh pun aku tak tau.=,=". tengok dalam kuali tu.ehh tu bukan arang lah jenab..ingat ni Pak Belalang ke bagi orang minum air arang.ni gamat yang telah dikeringkan dan telah dihancurkan dan telah diboilkan selama 14 hari sebelum menjadi minyak gamat yang selalu kita tengok nenek nenek kita letak kat lutut tuu..wahh dah boleh apply jadi informer dekat sini. terima kasih.. :)
*iklan kejap. err berangan? ehh suka hati lahh.kau ada? :P
singgah kejap ke KOTA MAHSURI tempat di mana Mahsuri dibesarkan, if i'm not mistaken. kalau saya salah minta ampun ya pak.. sekarang baru tahu yang sebetul-betulnya cerita di sebalik kematian Mahsuri. aku kan noob =,=". nak tau cerita sebenar? datanglah ke sini. :)
DAY 3:
jauh perjalanan daripada kondo.sampai juga ke tempat yang dituju. Oriental Village Cable Car. :)
jauh perjalanan daripada kondo.sampai juga ke tempat yang dituju. Oriental Village Cable Car. :)
ramai foreigner yang handsome kau. lagi-lagi pak Arab. Masha Allah.. nasib aku tak terpengsan.huahua. cover cover. minah saleh yang pakai spec tu macam kerek ada jugak aku tengok. lantak kau lah minah..
pemandangan dari dalam Cable Car. muka senyum? sebenarnya meng'cover' muka yang tengah cuak dalam tu. sebab? saia gayat lah awak. malu tau. keluar dari Cable Car kaki menggigil. awak ada? takde kan? :P
sempat juga ambik gambar dengan minah London. mana aku tau? memanglah aku tau.kau tak nampak aku
Hanging Bridge. selepas mengambil angin yang dingin di tingkat atas sambil melihat kebesaran Allah Yang Maha Agung, turun ke bawah pula(time ni kaki sudah terasa macam nak tercabut. tangga-tangga batu yang dituruni agak curam.dahlah gayat -.-'). nasib baiklah Hanging Bridge tu tak goyang. kalau tak memang kaki ni tercabut dekat situ jugak.
tengok yang atas tu. ada gaya penyu dak? second pic pulak. wajah orang dari tepi. Allah Maha Besar. :)
third pic(atas ni). ada nampak macam mulut buaya? or kasut bahagian depan? dua-dua pun boleh... kau boleh buat? tak boleh.. hanya Allah Maha Sempurna yang mampu membuatnya. kun fayakun. :)
tak sia-sia aku mengheret kaki yang dah lenguh ini ke sini. sangat amazed dengan pemandangan yang disajikan. dengan menaiki bot yang menggunakan enjin berkuasa tinggi. sampai boleh berlumba pulak dengan bot-bot yang lain. sambil buat drift pulak tu. sampai tudung lecturer pun tercabut jadinya. huahua. saya suka tengok helang makan! sanat comel.... ^^,
Venue: Pantai Cenang
Time: 6.30 PM and above
Description: menjamu mata dengan melihat pemandangan matahari tenggelam pada waktu senja. alangkah bahagianya tika itu jika diriku bersama suamiku berhoney moon di sini sambil melayan perasaan. hurmm... ciss berangan! *dush dush!* kena lagi dua bijik.
pada malanya pula sempat pergi ke HiG untuk memborong cekelat... pergi Langkawi kalau tak pergi sini memang tak sah. kat sini lah kita nak tengok orang boleh tahan nafsu ke idak... nafsu beli coklat lahh. tapi nampaknya memang ramai yang tak tahan nafsu. hahha. alhamdulillah Allah masih melindungi diri ini daripada bersifat tamak haloba. hihi. nasib jugak aku ni bukan penggemar coklat. beli pun buat cukup syarat jee.. kang tak merasa coklat Langkawi yang harganya boleh dikatakan bapak sangat murah bagi aku.
DAY 4: tiada gambar. sebab? semua sudah kepenatan melayan badan yang sudah lebam-lebam(hiperbola). tapi pagi tu sempat juga mengikut lecturer lecturer yang cute lagi gebu serbu mall bebas cukai yang berdekatan dengan kondo nan indah itu. hihi. mereka lah kot shopping. aku window shopping saja. malas nak menghabiskan duit dengan benda-benda yang boleh didapati di mana-mana sahaja. tapi kalau makanan tu wajib lah. tehehehe *untung laki dapat aku. tak gila shopping* huahua bajet! :PCikDaunClover:
balik rumah muka jadi gelap.nasib kau lah nakkk... =,="