mereka yang cute!

Friday, April 19, 2013

'kopi-ah' bukan 'kopi-ah-sedapnyaa'

Assalamualaikum.
genap umur saya 21 tahun seminggu yang lepas (12 April 2013). Alhamdulillah...terima kasih kepada DIA kerana masih memberi nafas kepada hamba-NYA untuk meneruskan hidup sebagai khalifah dan abid di bumi-NYA ini. semoga hamba-NYA ini akan sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan oleh-NYA. Allahumma amin... heee bergulanya ayat saya ni :D

Syukur..syukur..syukur.

ehem ehem. *tukar mode cerita*

'kopi-ah'. bukan air kopi yang dibancuh oleh mak esah di dalam teko kemudian dituang ke dalam cawan dan terus duduk di depan tv sambil menghirup air kopinya sambil berkata 'ah..sedapnya..' ehh. tak ke? tidak..

habistu?

three. lol. 'kopi-ah' tu..herm acane nak cakap ek? i thought it is a novel which is coloured by happiness,kasih sayang. kasih lelaki terhadap perempuan. perempuan yang benci lelaki tu last-last kena kahwin paksa lepastu jatuh cinta and live happily ever after. wahahaha #typicalWomen. ehh. tak ke? tehehehe :D

'kopi-ah'. bukan sahaja mengisahkan tentang kasih sayang parents terhadap anaknya. tapi ia lebih daripada itu. memang susah nak jumpa buku macam ni. ehh no. bukan susah nak jumpa. i mean maybe sebab saya bukan jenis yang suka mencari buku-buku macam ni. buku yang macam mana? buku yang lebih fokus kepada jiwa kita. soul. yes SOUL. rohani. akidah. keteguhan iman kita terhadap ISLAM itu sendiri. hermm...

kalau nak difikirkan masyarakat islam sekarang ni, jarang nak jumpa yang jiwa mereka, semangat mereka yang macam rakyat-rakyat islam yang sedang ditindas dari dulu hinggalah sekarang. rakyat PALESTIN, IRAQ, AFGHANISTAN, PATTANI. kalau kita perhatikan, semangat diorang ni sangat jauh berbeza dengan kita-kita yang 'bebas merdeka sangat' ni. even budak-budak kecik yang masih berumur 7-8 tahun pun dia punya semangat juang nak berjihad tu lagi kuat daripada kita-kita yang dah besar ni yang duduk dekat negara yang aman merdeka ni.

"Khaulah mahu belajar ilmu peperangan. kemudian, Khaulah akan ajar pula kawan-kawan dan penduduk kampung Khaulah cara mengangkat senapang. kelak kami tidak perlu lagi takut berhadapan dengan askar Siam,...." -Sebelum Berkalang Tanah (Munirah Rashid)

persekitaran yang berbeza mentarbiyah diri kita dari sudut berbeza juga. budak-budak di Malaysia ni contohnya, mana-mana pergi kat tangan depa tu mesti ada i-pad, tak pun i-phone, tak pun i-tab. "ala kan depa duk baca Quran dalam gadget depa tu.husnuzon lah sikit." upss! oke oke tengah husnuzon lah ni.hewheww -.-'

tapi.tapi.tapi

kurangnya orang-orang yang kat Malaysia ni ditarbiyah tentang islam yang sebetul-betulnya. bak kata kakak naqibah saya, ramai je orang yang belajar ilmu-ilmu faqihu. tetapi berapa ramai yang belajar/faham tentang faquhu? faqihu tu means hukum-hukum dalam islam.pasal solat,puasa,zakat,haji,etc semua tu. faquhu? faquhu means kefahaman kita tentang islam dalam hati.pasal akidah.betapa sayangnya kita pada islam, pada Allah, pada Rasul. islam bukan hanya perlu difaham dengan akal. tapi kena jugak difahamkan dengan hati. baru menusuk ke dalam jiwa. heee 

macam BiIal bin Rabah . masa zaman Bilal orang tak belajar pun hukum-hukum ibadah. even tak tau pun had aurat tu sampai mana. tapi betapa teguhnya akidah Bilal yang apabila dipaksa, diseksa, dijemur di atas matahari yang terik untuk menyuruhnya berhenti berpegang pada islam , dia tetap menyebut 'Ahad.Ahad' (Allah yang Satu) tanpa mengubah hatinya daripada islam walau diseksa seteruk mana pun. 

cuba kalau tiba-tiba ada seorang lelaki yang berbadan besar dan sasa datang kat kita sambil membawa parang lepastu dia cakap, "weh lebih baik kau murtad sekarang.kalau tak aku pancung kau!" haaa . agak-agak kita lagi rela dipancung atau macam mana? :/ *renungan untuk diri sendiri :( 

"Islamik perlu ada 'pop' di dalamnya agar getarnya mampu dirasa dan dielus lebih banyak jiwa. Jiwa-jiwa kosong. Jiwa-jiwa separa kosong. Jiwa-jiwa berontak. 'Pop' yang ada penyampaian berbentuk kispen dalam buku ini mahu membuka jiwa-jiwa ini." (Kopi-ah)

yes. jiwa-jiwa ini. untuk menjadikan jiwa-jiwa ini penuh. full. diisi ilmu-ilmu yang bermakna.yang memberi kesan yang mendalam. yang akan meneguhkan akidah di dalam jiwa-jiwa ini. yang apabila kita nampak di depan mata islam ditindas, kita boleh bertindak sebagai orang islam yang betul-betul faham islam itu macam mana. ehh faham ke? :/

kalau masih blur blur lagi. trylah beli satu buku 'Kopi-ah' ni. tak mahal. RM20.00 jee.. :)


 

"Kopiah dan serban semata bukan caranya. perlu juga pakai topi bila perlu. barulah stailo pak aji kita!"  (Kopi-ah)

antara cerita-cerita yang saya terkesan dalam buku ni;
by Abrar Shafie- Nama Saya Adam, Si Kecil Amran, Akidah di Hujung Tanduk
by Munirah Rashid- Sebelum Berkalang Tanah, Si Tukang Kasut Tengah Kota, Secekal Al-Fateh Segagah Al-Ayyubi.

credit to both of them! - inche Abrar Shafie & Puan Munirah Rashid ;)

semoga bermanfaat. :)

May Allah bless all of us. amin... 


CikDaunClover:
jom bersama tingkatkan diri ke arah yang lebih baik . insya-Allah ^_^


Friday, January 25, 2013

ke'random'an

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul. dah berselawat ke atas Nabi belum? berapa kali kita berselawat atas Baginda? semalam aje ke?hehhe ini pun untuk peringatan diri sendiri jugak. takkanlah masa tiba 'Birthday Nabi' je baru kita nak berselawat, kan? kadang-kadang terfikir jugak. Nabi Muhammad SAW kan pembimbing kita yang akan bawa kita ke syurga jika kita betul-betul mengikut semua sunnahnya plus sentiasa mengikut perintah Allah. hehhe ada gaya macam ustazah Bahiyah tak?kuikuii :P aminnn.... :D

cuti lagiii...amboii banyaknya cuti untuk sem ni. time krismas haritu dah cuti mid sem. ni cuti sempena Maulidur Rasul + thaipusam. awal bulan 2 nanti start cuti second midsem sempena chinese new year pulak. hamboi kau jah. meriah dengan cuti ye. padahal tak sedar tu final exam start bulan 3 nanti. hushh.. dahlah final sem ni. nasiblah duduk dekat malaysia yang memang dari dulu mengamalkan konsep perkongsian percutian perayaan pelbagai bangsa beramai-ramai kan.hehhe alhamdulillah. :D

ditambah pulak jarak rumah dengan kampus memang 'jauh sangat-sangat' kan. sampaikan almost setiap minggu jugaklah balik rumah kalau tak ada apa-apa program kat kampus. hehhee please don't be jealous okay :P

ingat lagi minggu lepas memang banyak hot topic yang diperkatakan. tak kiralah di fb, twitter, blog or kat mana-mana pun. dari isu 'LISTEN, LISTEN' tu, ke isu 'sesuatu yang menggila di UiTM Lendu, Melaka'. naik meremang jugaklah bulu roma kita ni bila dengar kes dekat lendu tu. whole day for that day memang dipenuhi dengan cerita pasal uitm lendu sahaja. banyak rumors yang sampai kat telinga ni; ada yang kata sebab memang tempat tu keras lah, ada someone yang main spirit lah, ada jugak yang kata ni semua buatan orang. Allahu'alam. tapi kalau kita tak kacau, benda tu pun takdelah nak menggila sangat kan. haishh mintak dijauhkan benda yang sama terjadi di uitm jb dan seluruh universiti di malaysia ni. nauzubillahi minzalik. :(

tapi nak dikatakan benda yang kacau-kacau ni kat mana-mana pun ada. cuma cara macam mana je kita nak elak dikacau oleh beliau-beliau tu. aku alhamdulillah sampai sekarang tak pernah jumpa/ terkena kacau oleh 'mereka'. and harap sampai bila-bila lah takkan terkena.amin... benda-benda yang tak elok ni boleh dielakkan (insya-Allah) dengan mengamalkan perkara-perkara seperti berikut:
1. baca al-Quran setiap hari. WAJIB!
2. baca ayat '3 kul' dan ayat kursi di mana jua anda berada (terutama ketika di dalam kenderaan dan  sebelum tidur)
3. ambil air wudhu' sebelum tidur
4. banyakkan membaca surah al-Kahfi, al-Mulk dan Yaasin.
5. amalkan membaca doa pelindung diri di mana-mana sahaja ;


*maksudnya: Dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

doa ini jugak boleh dibaca ketika berhadapan dengan orang yang tak dikenali, makan di gerai, dalam perjalanan menuju ke sesuatu tempat. dengan pengharapan semoga Allah melindungi kita di mana saja kita berada. amin...

may Allah bless us. :)

CikDaunClover:
Alhamdulillah hampir sembuh sepenuhnya dari demam dan sakit tekak.sesungguhnya Allah akan menghapuskan dosa-dosa kecil kita ketika kita ditimpa kesakitan, kan? Alhamdulillah..terima kasih ya Allah. :)

Sunday, January 13, 2013

kami panggil 'bulatan' itu 'bulatan gembira' :)

Assalamualaikum W.B.T

diam tak diam sudah masuk 1 Rabiul Awal 1434. beberapa hari lagi nak masuk hari meraikan kelahiran nabi kesayangan kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah syukur yang tak terhingga kepada-Mu ya Allah kerana masih diberi kebebasan untuk hidup di dunia-Mu ini.semoga kebahagiaan sentiasa menyinar di dalam hidupku.amin..

aku mengenal 'bulatan' ini pertengahan tahun lepas.mungkin masa tu hanya ajakan kawan dan tak rasa excited pun nak join 'bulatan' tu sebab tak tahu pun apa input yang akan aku dapat lepas join benda tu.yang menyertainya jugak agak sikit sebab mungkin ramai tak tahu tentang 'bulatan' itu.

masuk sahaja di dalam surau, terlihat dua orang kakak yang bertudung labuh. tenang je melihat raut muka mereka setenang air dikali.ecehh.mereka menyampaikan isi-isi hujahan mereka dengan seraut senyuman yang sangat manis.sehingga aku terikut senyum melihat mereka.ketenangan mula meresap dalam jiwa dan hatiku.seperti satu kuasa yang membuatkan aku terpana agak lama ketika mereka menyampaikan hujahan mereka. hujahan itu pula dikukuhkan pula dengan kalimah-kalimah yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis. betapa terpegunnya aku ketika itu. satu perasaan mula menyelinap dalam hati kecilku-aku ingin mendengar mereka berkata-kata lagi.aku tidak puas.

bermula dari situ, baru aku sedari 'bulatan' itu dipanggil usrah.tapi aku senang jika ia dipanggil 'bulatan gembira'. sebab kami gembira berkongsi sesuatu yang kami ingin kongsikan.lama kelamaan aku menjadi tidak keruan jika tak menghadirkan diri di 'bulatan gembira' itu.aku rasakan ada sesuatu yang perlu aku isi di waktu aku lapang.

dikala aku bersedih,gundah,gelisah,disamping mengadu kepada Allah, bulatan itu yang aku teringatkan. sering saja menghitung hari, bila lagi nak buat bulatan gembira ni? sehinggalah semester ini, kami membuat kata putus untuk mengadakannya setiap hari rabu pada pukul 5 petang. hati aku sangat teruja melihat perkembangan tentang bulatan gembira ini. daripada hanya beberapa kali dalam setahun, kini aku berasa lega kerana perkembangan ini menyebabkan lagi ramai muslimah/naqibah yang ingin menyertai kami.sehinggakan seorang kawan menangis kerana terlalu terharu atas jumlah penyertaan yang menyertai kami pada kali ini sangat ramai.

terima kasih ya Allah.kerana memilih aku sebagai insan yang terpilih untuk menyertai 'bulatan gembira' ini.banyak yang aku belajar dari situ.'bulatan gembira' ini selalu mengingatkan aku tentang kehidupan,tentang Akhirat, tentang segalanya! aku sayang mereka.ukhwah fillah.semoga Kau merahmati kami ya Allah..amin ya rabbal alamin. :)

CikDaunClover:
hargailah atas apa yang kita miliki sekarang.jangan sampai kita menyesal jika ia tiba-tiba hilang di depan mata.may Allah bless us. :)

Friday, June 22, 2012

berubahlah walau sekelumit cuma (erkk ayat =.=")

Assalamualaikum...


salam Jumaat semua.dah lama kot tak update belog ni. sibuk bebenor minggu ni.eh dari minggu lepas sebenarnya tapi minggu ni the super busy. berlari ke sana ke mari.bukan main lari-lari lah awok.tapi berkejar menyiapkan assignment yang macam air deras je lalu kat depan mata. tak apa..itu semua dugaan.eh, cabaran kot.bila lagi nak dapat macam tu kan.pegalaman tu.hewhew.walaupun penat tapi sangat menyeronokkan. Alhamdulillah! kedua-dua presentation yang kumpulan kami presentkan untuk dua hari berturut-turut sangat memuaskan. plus, dapat the second best group for Creative and Critical Thinking (CCT) oke...huaa bestnyee walaupun preparation kami untuk menyiapkan kerja CCT tu hanya separuh hari sahaja! macam nak patah kaki beta ni makcik oii...lega segalanya sudah berakhir.ehh tapi minggu minggu seterusnya ada lagi oke.tak apa hadapilah dengan tenang dan dengan senyuman. :)

amboi intro panjang kemain.padalah takde kena mengena dengan tajuk kat atas yang agak serabut tatabahasanya tu pun adoii. baru dua minggu semester baru ni bermula.lagi satu lagi semester perlu ditempuhi.herm..semoga segalanya dipermudahkan oleh-NYA.amin... ni cheq nak habaq ni... for the first day aku masuk ke kelas minggu lepas, i mean dewan kuliah, ramai yang seperti sedikit terkejut dengan penampilanku. apakah? kenapakah? hurm.. lepastu ada pulak seorang kawan ni berkata-kata, "nampaknya orang depan aku ni bakal jadi ustazah lah ye".aku hanya mampu bergelak.kata aku lah tu.hihi. ada jugak classmate yang menegur, "wahh kau dah macam ustazah aku tengok". aku hanya tersenyum. nak diapakan..(ayat jannah). orang kata kalau orang mendoakan kita dengan benda-benda yang baik walaupun kita jauh lagi nak capai benda tu, aminkan lah dalam hati.insya-Allah, manalah tau kalau tak jadi ustazah betul-betul pun at least aku dapat jadi ustazah pada bakal anak-anak aku kelak.amin.... :)

apa ni?apa ni?apa yang berlaku?hehe.Alhamdulillah..aku bersyukur kepada yang Maha Esa kerana membuka hati aku untuk berubah.aku rasa inilah keputusan yang agak berkesan di hati ini.cuma perlunya beristiqamah supaya tidak lagi lalai dan terus melupakannya. bertudung labuh itu bukan kewajipan, tapi menutup dada itu adalah syariah.


manisnyaaa bila bertudung labuh. tapi belum ready untuk memakai selabuh ini.at least tutuplah dada kita.tapi lebih baik melabuhkannya walaupun tak selabuh ini :)


mata aku mula terbuka apabila kakak aku sendiri mula berubah ke arah itu. dengan penampilan barunya, tiba-tiba hatiku tergerak untuk mengikut jejak langkah sepertinya. selama ni pun aku sangat suka dengan perempuan-perempuan yang bertudung labuh. sangat sejuk di pandangan mata. dan hati aku mula diperkuatkan apabila melihat blogger terkenal.terkenal lah jugak. Dena Bahrin. alaa yang suka buat tutorial pakai tudung-tudung labuh dekat youTube tuu...dia jugak pernah post pasal dia kena propose dengan lelaki yang sekarang ni pun dah jadi suami dia dah.tak kenal jugak? ni ha belog dia. dua orang perempuan ni lah yang telah membuka hati aku untuk meneruskan niat aku untuk bertudung labuh. dan aku rasa inilah permulaannya untuk aku merubah penampilanku ke arah itu.dan Alhamdulillah, aku terus mengekalkan penampilan itu walaupun kadang-kadang tudung tu tak selabuh mana. tengah nak kumpul koleksi tudung-tudung labuh ni. so wish me luck oke! ;)

dan aku mula sedari, bertudung labuh juga tidak cukup kalau lengan dan kaki tidak ditutup. dengan tudung labuh itu juga, aku mula melabuhkan lenganku dengan memakai handsock yang longgar, dan memakai stokin paras lutut.kawan aku pernah cakap, kalau nak tutup tu, tutuplah dengan sempurna. so kalau pakai tudung labuh, tapi tak pakai stokin, tak sempurna lagi lah tu kan. berubahlah demi Allah. nescaya Allah akan memudahkan kita.




"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.” (An-Nur : ayat 31)

"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah : Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari)
aku juga bersyukur pada-MU ya Allah..sepanjang perubahanku ni, banyak perkara yang telah dipermudahkan oleh-MU.mungkin aku belum diuji lagi oleh-NYA. semoga aku akan sentiasa tabah menghadapi segala ujian dari-NYA kelak.amin ya rabbal alamin... jom kawan-kawan kita berubah sama-sama! ;)


May Allah bless. :)


CikDaunClover:
hati masih berbelah bagi.tapi aku nampak kebaikannya di hadapan mata.semoga kau berikanlah yang terbaik untukku ya Allah.hanya ENGKAU yang dapat membantu makhluk-MU ini.

Tuesday, June 5, 2012

an unexpected decision of mine #2

Assalamualaikum

keputusan telah dibuat.telah pun diperkatakan.jawapannya? sangat positif! mula-mula tu macam ternangis lah sikit lepastu dapat dicontrol.rasa macam beban yang ada kat bahu selama ni dah terbang entah pergi ke mana.hati pun dah rasa tenang je.segala apa yang aku risau selama ni dah tak ada dah.syukur alhamdulillah. kalau nak kata tak sedih tu tipu lah. tapi seminggu aku fikir betul-betul benda alah ni. Alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya. terima kasih Allah. :)

moral of the story: kalau ada terniat nak mengelakkan apa-apa yang tak patut berlaku, bertindaklah secepat mungkin. hati senang nak berubah sebab syaitan tu kat celah-celah mana pun dia ada menyelit. memanglah hati ni sakit /perit/pedih tapi percaya pada Allah. Allah dah aturkan yang terbaik untuk makhluk-Nya. belajar untuk sedikit bersabar. nescaya kebahagiaan milik kita semua. :)

May Allah bless. :)

CikDaunClover:
teringat lagu daripada Dewa 19-Hadapi Dengan Senyuman. :)

Saturday, June 2, 2012

an unexpected decision of mine

Assalamualaikum

hati yang serba tak kena membelenggu diri since seminggu yang lepas. kenapa? disebabkan sesuatu yang tak perlu nak dimention dekat sini. keputusan yang ingin dibuat telah dikhabarkan kepada dua sahabat karib yang sentiasa ada semasa susah dan senang. and they were totally shocked! yeahh sebab aku rasa aku pun terkejut.hihi. hati yang tiba-tiba memberontak semalam tak dapat dibendung lagi. diluahkan juga. dan hati mula sedikit tenang dengan statement yang telah diluahkan. tapi walau apa-apa pun aku sangat bertekad untuk teruskan niat tu. (niat apa?)

aku tak rasa niat aku tu salah. it's actually dituntut kot. aku perlu berhentikan apa yang telah dimulakan sejak dulu lagi. aku khilaf! aku salah! benda tu tak sepatutnya berlaku! i'm hurting someone else who had promised to me long time ago. i do really-really sorry what i've done! aku kena perbetulkan balik semua tu.

yeahh! aku perlu kuat untuk berhentikan apa yang dah dimulakan. aku perlu redha semua ni. aku tak perlu nak bersedih. sebab aku percaya janji Allah. Allah telah mengaturkan segalanya yang terbaik untuk makhluk-Nya. kita sebagai makhluk-Nya tak layak untuk membantah apa yang telah dibuat oleh-Nya.

aku akan berusaha untuk sentiasa redha atas keputusan-Nya. perkara itu? akan diselesaikan sekejap lagi. tak tertanggung rasanya beban di hati yang sentiasa tak tenang apabila benda tu berlaku. aku bersalah pada-Mu ya Allah. :(

semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya. sekarang ni hanya ingin mengumpul kekuatan untuk buat keputusan itu. by hook or by crook, keputusan itu perlu dibuat! have too! haaa dan lagi satu, aku perlu mantapkan diri dengan tebalkan lagi kesabaran dalam diri aku yang aku rasa sangat nipis ni. sabarlah cik kiyah oiii...... hari tu akan datang jugak. Allah dah tentukan, kan? aku harap penantian yang sudah lama selama ni akan berbaloi. amin...itu semua kerja Allah. banyakkan berdoa saja pada-Nya ya.

kita hanya mampu merancang tetapi hanya kebesaran Allah yang mampu menentukan segalanya. sabar.redha.terima dengan hati terbuka. Insya-Allah kebahagiaan milik kita. :)

May Allah bless all of us. :)

CikDaunClover:
human always make mistakes. so do i because i am human too.

Wednesday, May 9, 2012

kehilangan seorang permata yang berharga


Assalamalaikum

pada hari Isnin lepas yang bertarikh 07/05/2012, sedang aku melawat kawan sekolah rendah bersama rakan-rakan yang lain di rumahnya disebabkan kemalangan yang menimpa dirinya 2 bulan yang lepas, aku mendapat satu pesanan ringkas daripada room mate merangkap classmate yang juga kawan rapat aku di kampus mengatakan bahawa seorang rakan kami yang satu batch tetapi berlainan fakulti dan kursus (kursus perakaunan) telah dipanggil Ilahi pada malam itu. seseorang yang sangat dikenali di kampus. aku tidak pernah berbual dengannya. bertegur sapa itu mungkin pernah tetapi hanya sekali. itu pun seingat aku ketika semester 1. terpana seketika apabila mendapat berita daripada kawan aku tu dan aku terus tersandar kerana sangat terkejut dengan berita yang baru aku dapat tu.

dirinya telah menghadap Ilahi disebabkan satu kemalangan yang menimpa dirinya dan empat lagi adik beradik yang lain ketika ingin mengambil adiknya di Sekolah Islam Hidayah. yang aku tahu kereta yang dibawa oleh arwah telah berlanggar dengan sebuah lori yang menyebabkan dirinya meninggalkan alam fana ini dan salah seorang adik-beradiknya (yang ni tak sure kakak atau adik) telah dimasukkan ke dalam wad dan dikatakan keadaannya dalam keadaan kritikal. marilah kita berdoa bersama semoga dia kembali sembuh seperti sedia kala. amin...

aku mengenali arwah di dalam majlis solat hajat dan bacaan Yaasin di dewan UiTM JB setahun yang lalu semasa kami baru sahaja memasuki kampus tersebut dan sedang menghadapi orientasi selama seminggu di sana. terpandang saja raut wajah arwah, terlintas di hatiku, cantik. dia sangat suka melemparkan senyuman kepada orang dan hatiku secara automatiknya akan menjadi tenang apabila terpandang senyumannya itu. aku kagum dengan dirinya yang begitu menjaga penampilannya. tidak pernah sekali pun aku terlihat dia memakai seluar atau baju yang ketat. ibu bapanya telah berjaya mendidiknya dan adik beradiknya yang lain supaya pandai menjaga maruah diri. ini kerana mereka 5  beradik semuanya perempuan.

aku percaya dia seorang perempuan yang sangat baik dan sangat menjaga perhubungan persahabatan dengan rakan-rakannya.  dan aku percaya juga dia tidak mensia-siakan perhubungan antara dirinya dan juga ALLAH. for your information, arwah telah mendaftarkan diri menjadi sukarelawan bagi satu persatuan yang membantu rakyat-rakyat yang terseksa di Gaza, Palestin. Masya-ALLAH, sungguh baik, lembut dan sensitif hatinya sehingga membuatkan dirinya teruja untuk meletakkan namanya sebagai salah seorang sukarelawan yang akan membela nasib mereka di sana.  aku dapat tahu juga, sewaktu tragedi yang mengerikan berlaku ke atas dirinya dan adik beradiknya, arwah dalam keadaan berpuasa. Subhanallah....sesungguhnya ALLAH amat menyayangi dirinya. arwah dipertemukan dengan sakaratul maut ketika dirinya sedang membuat amalan yang besar pahalanya di sisi ALLAH.

wahai kamu yang bernama Nurul Hafizah binti Mohd Faizul Aris, sesungguhnya ibu bapamu sangat bertuah kerana memiliki anak solehah sepertimu yang suka berbakti kepada mereka, berbudi pekerti dan pandai menjaga maruah diri. sesungguhnya sahabat-sahabatmu sangat bertuah kerana memiliki sahabat sebaikmu yang pandai menjaga perhubungan persahabatan dengan mereka. sesungguhnya kami sangat bertuah dapat mengenalimu walau sekejap cuma kerana kamu tidak lokek untuk memberikan senyumanmu kepada kami. tenanglah kamu di sana. semoga Syurga ALLAH sedang menantimu. Amin ya rabbal 'alamin...... Al-Fatihah.







CikDaunClover:
matinya kita tidak terikat dengan usia.bila ALLAH sudah mengarahkan malaikat maut mencabut nyawa kita, tiada siapa yang dapat menghalang. semoga mati kita nanti di dalam keadaan yang suci.suci daripada dosa.semoga amalan kita cukup untuk dibawa ke alam yang lagi satu.amin......amin ya rabbal 'alamin..