mereka yang cute!

Friday, January 25, 2013

ke'random'an

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul. dah berselawat ke atas Nabi belum? berapa kali kita berselawat atas Baginda? semalam aje ke?hehhe ini pun untuk peringatan diri sendiri jugak. takkanlah masa tiba 'Birthday Nabi' je baru kita nak berselawat, kan? kadang-kadang terfikir jugak. Nabi Muhammad SAW kan pembimbing kita yang akan bawa kita ke syurga jika kita betul-betul mengikut semua sunnahnya plus sentiasa mengikut perintah Allah. hehhe ada gaya macam ustazah Bahiyah tak?kuikuii :P aminnn.... :D

cuti lagiii...amboii banyaknya cuti untuk sem ni. time krismas haritu dah cuti mid sem. ni cuti sempena Maulidur Rasul + thaipusam. awal bulan 2 nanti start cuti second midsem sempena chinese new year pulak. hamboi kau jah. meriah dengan cuti ye. padahal tak sedar tu final exam start bulan 3 nanti. hushh.. dahlah final sem ni. nasiblah duduk dekat malaysia yang memang dari dulu mengamalkan konsep perkongsian percutian perayaan pelbagai bangsa beramai-ramai kan.hehhe alhamdulillah. :D

ditambah pulak jarak rumah dengan kampus memang 'jauh sangat-sangat' kan. sampaikan almost setiap minggu jugaklah balik rumah kalau tak ada apa-apa program kat kampus. hehhee please don't be jealous okay :P

ingat lagi minggu lepas memang banyak hot topic yang diperkatakan. tak kiralah di fb, twitter, blog or kat mana-mana pun. dari isu 'LISTEN, LISTEN' tu, ke isu 'sesuatu yang menggila di UiTM Lendu, Melaka'. naik meremang jugaklah bulu roma kita ni bila dengar kes dekat lendu tu. whole day for that day memang dipenuhi dengan cerita pasal uitm lendu sahaja. banyak rumors yang sampai kat telinga ni; ada yang kata sebab memang tempat tu keras lah, ada someone yang main spirit lah, ada jugak yang kata ni semua buatan orang. Allahu'alam. tapi kalau kita tak kacau, benda tu pun takdelah nak menggila sangat kan. haishh mintak dijauhkan benda yang sama terjadi di uitm jb dan seluruh universiti di malaysia ni. nauzubillahi minzalik. :(

tapi nak dikatakan benda yang kacau-kacau ni kat mana-mana pun ada. cuma cara macam mana je kita nak elak dikacau oleh beliau-beliau tu. aku alhamdulillah sampai sekarang tak pernah jumpa/ terkena kacau oleh 'mereka'. and harap sampai bila-bila lah takkan terkena.amin... benda-benda yang tak elok ni boleh dielakkan (insya-Allah) dengan mengamalkan perkara-perkara seperti berikut:
1. baca al-Quran setiap hari. WAJIB!
2. baca ayat '3 kul' dan ayat kursi di mana jua anda berada (terutama ketika di dalam kenderaan dan  sebelum tidur)
3. ambil air wudhu' sebelum tidur
4. banyakkan membaca surah al-Kahfi, al-Mulk dan Yaasin.
5. amalkan membaca doa pelindung diri di mana-mana sahaja ;


*maksudnya: Dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

doa ini jugak boleh dibaca ketika berhadapan dengan orang yang tak dikenali, makan di gerai, dalam perjalanan menuju ke sesuatu tempat. dengan pengharapan semoga Allah melindungi kita di mana saja kita berada. amin...

may Allah bless us. :)

CikDaunClover:
Alhamdulillah hampir sembuh sepenuhnya dari demam dan sakit tekak.sesungguhnya Allah akan menghapuskan dosa-dosa kecil kita ketika kita ditimpa kesakitan, kan? Alhamdulillah..terima kasih ya Allah. :)

Sunday, January 13, 2013

kami panggil 'bulatan' itu 'bulatan gembira' :)

Assalamualaikum W.B.T

diam tak diam sudah masuk 1 Rabiul Awal 1434. beberapa hari lagi nak masuk hari meraikan kelahiran nabi kesayangan kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah syukur yang tak terhingga kepada-Mu ya Allah kerana masih diberi kebebasan untuk hidup di dunia-Mu ini.semoga kebahagiaan sentiasa menyinar di dalam hidupku.amin..

aku mengenal 'bulatan' ini pertengahan tahun lepas.mungkin masa tu hanya ajakan kawan dan tak rasa excited pun nak join 'bulatan' tu sebab tak tahu pun apa input yang akan aku dapat lepas join benda tu.yang menyertainya jugak agak sikit sebab mungkin ramai tak tahu tentang 'bulatan' itu.

masuk sahaja di dalam surau, terlihat dua orang kakak yang bertudung labuh. tenang je melihat raut muka mereka setenang air dikali.ecehh.mereka menyampaikan isi-isi hujahan mereka dengan seraut senyuman yang sangat manis.sehingga aku terikut senyum melihat mereka.ketenangan mula meresap dalam jiwa dan hatiku.seperti satu kuasa yang membuatkan aku terpana agak lama ketika mereka menyampaikan hujahan mereka. hujahan itu pula dikukuhkan pula dengan kalimah-kalimah yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis. betapa terpegunnya aku ketika itu. satu perasaan mula menyelinap dalam hati kecilku-aku ingin mendengar mereka berkata-kata lagi.aku tidak puas.

bermula dari situ, baru aku sedari 'bulatan' itu dipanggil usrah.tapi aku senang jika ia dipanggil 'bulatan gembira'. sebab kami gembira berkongsi sesuatu yang kami ingin kongsikan.lama kelamaan aku menjadi tidak keruan jika tak menghadirkan diri di 'bulatan gembira' itu.aku rasakan ada sesuatu yang perlu aku isi di waktu aku lapang.

dikala aku bersedih,gundah,gelisah,disamping mengadu kepada Allah, bulatan itu yang aku teringatkan. sering saja menghitung hari, bila lagi nak buat bulatan gembira ni? sehinggalah semester ini, kami membuat kata putus untuk mengadakannya setiap hari rabu pada pukul 5 petang. hati aku sangat teruja melihat perkembangan tentang bulatan gembira ini. daripada hanya beberapa kali dalam setahun, kini aku berasa lega kerana perkembangan ini menyebabkan lagi ramai muslimah/naqibah yang ingin menyertai kami.sehinggakan seorang kawan menangis kerana terlalu terharu atas jumlah penyertaan yang menyertai kami pada kali ini sangat ramai.

terima kasih ya Allah.kerana memilih aku sebagai insan yang terpilih untuk menyertai 'bulatan gembira' ini.banyak yang aku belajar dari situ.'bulatan gembira' ini selalu mengingatkan aku tentang kehidupan,tentang Akhirat, tentang segalanya! aku sayang mereka.ukhwah fillah.semoga Kau merahmati kami ya Allah..amin ya rabbal alamin. :)

CikDaunClover:
hargailah atas apa yang kita miliki sekarang.jangan sampai kita menyesal jika ia tiba-tiba hilang di depan mata.may Allah bless us. :)