mereka yang cute!

Monday, April 30, 2012

babysitter...lagi =,="

Assalamualaikum...
masuk hari ni dah tak terkira dah aku memegang jawatan as a babysitter.almaklumlahh..selagi aku ada anak sedara(yang masih kecik) selagi tu lah jawatan aku ni takkan terlucut. biasalah anak bongsu.beginilah nasibnya.dapat anak sedara yang hiperaktif ; haru......tak boleh nak buat kerja lain dah<---and aku rindu si budak kecik itu.nama je perempuan.kecik lagi noh.baru setahun.tak boleh nak duduk diam.makcik dia yang sorang ni lah yang merana.huahua


la ni aku jaga hak yang besaq tu.dah darjah 1 dah pun.dengan adik dia sorang 5 tahun.patutnya si abang tu  pi sekolah kan.tapi boleh pulak mak dia duk bawak sini.sebab? chicken pox.ni sebab jangkit adik dia tu lah.dua-dua pun duk hangkut mai sini.bagus.tapi yang diorang ni tak kesah sangat.dah besar sikit.dah pandai nak buat semua sendiri.tapi tu lah.chicken pox.aku pun tak kena lagi.kut lepas ni aku pulak yang kena kang.diorang pulak lah yang jaga aku ke.haruuu.....

best jugak sebenarnya jaga diorang nih.even tak dibayar gaji.huahua.diorang ni takdelah menyusahkan sangat pun..yang hak adik dia tu lagi best.pandai sikit berdikari.lagi satu,bolehlah buli-buli diorang sikit.'ni gelas ni bawak pi dapur.' 'ni ape baju bersepah ni?amek masuk bilik air sana.' 'ni sampah dah tak boleh buang sendiri?' hahha kadang-kadang tu tanduk aku naik lah jugak.habehlah aku kalau mak diorang tau.haruu... :DD



benda ni jugak sebenarnya bagi advantage dekat aku.sebab?nanti dah kahwin senanglah.dah pandai jaga anak.huahua.fikiran mesti ke depan.masa depan tu selalu aku fikir.lagi-lagi kalau bab ni.tetttt....!! kantoi..hekhek~

okeylah.cepat penat pulak aku hari ni.diorang pi mana?pi tolong akak aku kemas anjung kat depan nun.rajin kann....makcik diorang yang hak ni ja agak liat sikit.hehhe. may ALLAH bless us. wassalam.. ^^,

cikDaunClover:
when it comes,nothing can do but sit and online.hee :DD

musafir yang tak berapa nak musafir sangat

Assalamualaikum..

PERINGATAN: ENTRY NI SANGAT PANJANG. OKEBAI

beberapa minggu yang lepas makcik joyah aka kawan sehidup saya yang dipanggil ayit sudah menjemput untuk melawatnya di UiTM Kampus Bandaraya Melaka. 'melawat' oke..macam dah lama sangat je tak jumpa.haha tak kisah pun. pada mulanya agak keberatan nak menyetujui cadangan makcik ni sebab time tu until now pun tengah cuti sem.kau paham-paham ajelah jemahh...kalau dah start cuti sem...lagi-lagi duit ptptn yang aku dapat ni dah ditolak suku disebabkan aku terima wang pendahuluan pada sebelum masuk universiti lagi. daripada RM2,500 tinggallah 1,500 sebab dia dah tolak 500 start part 4 and another 500 is a college fee. maksudnya? maksudnya....kalau dah start cuti sem maka uwang beta pun sudah tiada.haih sabar jelah nak.

tapi cerita punya cerita datang pulak seorang lagi joyah yang kawan sehidup saya juga yang mulut kecoh yang amat --> ni ha belog dia kalau makcik tu dah join sekali membebel, aku yang pada mulanya tak teringin tapi tiba-tiba jadi tak terdaya pula dengan ajakan paradigma oleh si joyah yang kedua tu.haih haih sabar jelah makcik. dengan hal yang demikian, bermulalah pengembaraan upin dan ipin serta kawan-kawannya..erkk.pun boleh.. =.="

selama empat hari kami di tempat orang.dan...... kami telah membuat perjanjian untuk bertemu di BTS (Bandar Tasik Selatan).yelah makcik joyah yang kedua tu belajar kat Perak.aku ni Johor jelah kat mana lagi.so tempat pertemuan pertama kami adalah di Kuala Lumpur. pes taim kau pergi BTS tu.macam makcik-makcik kampung jugaklah aku ni jakun yang teramat. sampai je kat BTS nun terpinga-pinga dok cari mana lah si Joyah tu. adalah dalam 5 minit aku dok ke hulur ke hilir dengan rabunnya lagi(orang yang degil nak pakai spec... =.=")
akhirnya ketemu jua kekasih lama yang sudah lama tidak ketemu.

membebel punya membebel hari pun semakin senja. senja pun sudah mahu menutup tirainya. daripada BTS tu kami betolak ke Serdang sebab kami dah merancang nak tidoq kat kolej kawan kami yang duk UPM nuh..nasib ada kawan kat situ.kalau tak memang jadi orang merempat lah kot selama duduk kat KL nih.sob sob. 



yang sebelah kiri tu makcik yang pinjamkan bilik kawan dia untuk penginapan kami selama sehari di sana. beliau juga merangkap kawan kami sejak sekolah rendah lagi sampai sekolah menengah.haa yang belah kanan tu makcik joyah II yang membuatkan aku jadi musafir secara tiba-tiba. =.="

Pagi Jumaat tu pula kami berangkat dari UPM dengan bawa beg-beg besaq kami menuju ke BTS-->letak beg kat sana setengah hari (sewa sehari-Rm5/beg) sementara kami ingin meneruskan perjalanan ke The Mines bertemu dengan kawan si nad tu yang satu sekolah dengan kami, tapi madah budak tu tak kenal aku =.="

tanpa dijangka, rupanya tokwi dan cik timah garang pun join sekali.aku tau pun last minute.semua ini dirancang oleh makcik joyah aka nad tanpa pengetahuanku.dhe... fyi, tokwi dan cik timah adalah kenalan kami di group facebook (tokwi-epal,wr92,92ian | ciktimah-92ian,wr92) seghonok dapat jumpa depa :D *big smile*



melahap di kepsi.dari kiri belakang-->naim,nad,tokwi,ciktimah.tokwi sangat tinggi ouh.ciktimah sangat kecik and kecoh dia lebih kurang macam nad tapi tidak kebudak-budakkan macam si joyah tu.kahkah :D

kemudian yang laki-laki tuh bergerak pergi solat Jumaat.kami yang perempuan nih pergi naik LRT menuju ke jalan Imbi untuk pergi ke Berjaya Times Square, destinasi kami yang seterusnya. tapi time naik LRT tak boleh tahan.kami dok pergi ke satu stesyen ke satu stesyen sampai satu masa tu kami terlajak ke stesyen yang lain.kami dok lah patah balik dari stesyen yang dah terlajak tu pergi naik LRT semula untuk pergi ke ts.sampai kaki aku ni pun dah melecet.adoi pengalaman betuiilah. =.="




sampai di destinasi yang dijanjikan.tapi time ni naim dah balik u dia dah.kami janji nak jumpa zaid pulak.zaid tu geng facebook kami jugak.dah berabad kenal pak cik tu yang suka panggil aku dengan panggilan 'THAI'.sabar jelah.=.=". sementara nak tunggu pakcik jet tu, nad mencadangkan kami masuk theme park.awal-awal lagi aku dah bantah.sebab apa?bila dah tengok berlambak roller coaster dalam theme park tu, apa ingat aku berani sangat ke nak naik benda alah tu? aku dahlah gayat.lagi satu, time tu pun suara tak berapa nak ada dah.bayangkan kalau aku naik benda alah tu semua?acane dengan suara beta yang lemak merdu nih? tapi disebabkan si nad tu yang seperti ada kuasa veto di tangannya, aku dengan perasaan yang sayu lagi hiba terpaksa mengikut juga permintaannya.nasib kena bayar RM10 je.yeayy! lagi 20 nad belanja. :D



lihatlah saja muka kecuakan beta sangat begitu terserlah. mula-mula tengok benda alah ni, ala biasa jee. takde lah seram sangat. tapi bila benda tu dah berpusing dan makin lama makin laju tiba-tiba kotak suara aku pun mula terkeluar. huaaaa makkkkkk....!! tokwi sampai ber'Allahuakbar' tu lagi tak boleh tahan.dan dengan bangganya aku mengatakan menatang ni lah yang berjaya mencuri kotak suaraku.aku rasa suara aku dah tercampak kat mana-mana kut time naik menatang nih.terima kasih menatang. =.="

kemudian, berkatalah cik kiyah kepada kawannya si joyah tu.. "sudah! jangan suruh aku naik apa-apa lagi yang seangkatan dengan menatang tadi tu.aku serik serik serik!" ceh poyo gila aku nak cakap camni kat si nad tu.tapi lebih kuranglah ayatnya macam tu. and tak lama lepastu nad dan ciktimah ajak naik roller yang 360 pulak.tak makan saman betei budak 2 orang nih =.=" aku cakap, "weh tolonglah weh.aku taknak....!" then mereka pun berkata-kata, "alaaa kau nih.tak syok lah weh dah masuk theme park ni tak rasa semua.membazir 30 je" kemudian hatiku mula berkata, 'ala duit kau.bukan duit aku.kuikuikui :P' dengan hati yang membentak.ikut jugalah budak 2 orang tu.tokwi pun lebih kurang macam aku.takut.huahuahua :D







sudah habis tiga roller coaster yang ditempuhi dengan satu bump car, suara aku totally out! yang tinggal hanya suara-suara yang garau melekat kat tekak aku nih.huh.happy ye kau joyah dapat naik kesemua tu.tengok aku dengan tokwi, berkerut dah muka.hahha =.="




kemudian, kami bertemu pula dengan fifineny dan zaid.si fifi tu yang free hair kenalan mereka dari 92ian.aku tak kenai pun beliau tu. tapi tak sangka pulak perangai dia lagi 'sopan' dari si nad tu.kahkah terkezut beta.lantak kaulah nak.. =.=" dan si zaid ni bawak kawannya lagi sorang yang 'bisu' memanjang.tapi takde pulak muka dia kat sini.hewhew



ni kami mau berangkat ke KL Central. ya. kami-kami ni lah semuanya. zaid dengan ciktimah mahu ke shah alam. tokwi ke puncak alam dan si fifi yang sopan tu pulak ke ampang.yang kami berdua pulak nak pergi BTS nak hambik beg-beg kami tu....




what a happy family.dari kiri, kakak|emak|nenek :D|ayah|abang hahha oke what? :P



this is officially epal's geng. laki-laki yang haq ataih ni stok-stok alim kot. untung siapa yang dapat mereka.kehkeh. si zaid tu aku ingat tinggi lah sangat. rupanya lebih kurang aku je.nasiblah..hahha :P




taraa....keesokan paginya kami bergerak ke Melaka pulak dari BTS.samapi je melaka kami terus ke kolej kawan kami yang joyah jugak tu.haha aka ayit.best ouh bilik dia.macam apartment pun ada sikit.satu rumah ada 3 bilik. 1 bilik 3 or 4 orang. time ni suara aku officially hilang betul-betul.sangat-sangat sedih dengan keadaan aku time tu.dah macam orang bisu dah jadinya. sob sob T_T





ni kami on the way nak keluar dari kolej ayit nak mencari bas. dengan kaki aku yang melecet tu.adeh sabar jelah. yang baju merah menyala tu ayit.comel je kan?macam orang kat sebelah dia tu.kihkih :P





selepas mentekedarah kat Mekdi, kami pun berjalan-jalan dekat mahkota parade dan dataran pahlawan. sambil-sambil nak tunggu room mates ayit tunggu depa punya lukisan, kami pun masuk kat tempat main game nih. sambil bosan-bosan tu hambik gambar lagi. kami tiga sekawan yang takkan terpisah sampai bila-bila.insya-Allah.amin.... sayang depa berdua. :)




yang si nad tu sibuk ajak aku main game motor ni.mula-mula macam malas jugak.tapi dah main tu, wohoo...nak main lagi! tapi token dah habis.mak..nak main lagi... :( buat muka seposen dekat nad.tapi tak dapat main jugak pun.hakhak =.="




kemudian, kami pergi pulak ke tempat memanah. aku nak main?memang tak lah. malaih nak mengabiskan duit yang memang tinggal sikit je tu. tengok jelah depa main dengan muka kepenatan. yang biru tu room mate ayit yang dikatakan sangat baik dan yang pink tu kawan bilik sebelah depa yang kuat sangat mengolok orang.aku dah kena.tiap kali aku nak cakap dengan suara yang dah takde tu dia boleh pulak gelak.sabar jelah =.="





muka-muka keceriaan nak balik kolej. sepanjang kami kat situ mulut aku terkunci rapat.nak cakap pun bisik-bisik. sampai rommates ayit ingatkan aku pemalu orangnya. saya memang pemalu pun. malu nak mengeluarkan suara yang tak berapa nak suara sangat nih. sob sob






pada malamnya pula kami di ajak untuk bersantap di 'kedai kuning' yang digelar oleh mereka di sana. si temi yang pegang beg tu geng aku jugak dengan ayit dan nad.geng yang bersama-sama ketika form 4 dan form 5. yang lagi sorang tu kawan mereka yang satu matrik satu ketika dulu. *kalau aku join matrik dengan diorang mesti ramai yang aku kenal kat sini :3*





kemudian, ayit bawa kami berjalan di River Cruise. tempat yang sangat tenang di waktu malam. di tepi-tepi jalan terdapat rumah tradisional melaka yang dijadikan sebagai tempat home stay bagi pelancong yang melancong ke negeri melaka ni.

pada keesokan paginya, sebelum kami pulang ke tempat asal masing-masing, kami dijamu dengan nasi bungkus yang pada amatan aku sangat sedap dan memang tak cukup kalau makan sebungkus je.erkk tu kalau orang yang kuat makan macam aku lah. :D

berakhirlah sudah pengembaraan kami selama empat hari di tempat orang. sesungguhnya pengalaman itu tidak akan kita kecapi melainkan kita sendiri yang melalui pengalaman tersebut. selama empat hari yang aku alami ni, sedikit sebanyak mengajarku erti sebenar kehidupan-->tidak boleh selama-lamanya bergantung harap kepada orang lain. sampai masanya kita sendiri harus berdiri di atas kaki sendiri. :)

*terima kasih tak terhingga kepada cikgu joyah aka nad yang memaksa aku untuk melalui pengalaman ni.kalau kau takde time kat kl dan melaka ni, semestinya aku akan seperti anak kecil yang kehilangan mak yang tak tau arah tuju mahu ke mana. aku sayang kau lebih! :D

*kepada yang berkenaan (kawan-kawanku di atas semua ni) minta maaf banyak-banyak kalau ayat hiperbola or ada ayat yang menyinggung di hati. peace kawan-kawan. xD

*credit to nad also.aku curik semua gambar ni kat album kau weh.terima kasih..heheh ;D

May ALLAH bless us. :)


CikDaunClover:
pengalaman mengajar erti kematangan. :)

Sunday, April 29, 2012

hadapi dengan senyuman :)

Assalamualaikum.

jam sudah menunjukkan pukul 1.54 pagi. ayat poyo gila kan? haha. see? 1.54 PAGI tau bukannya petang. apa ajelah makcik ni buat malam-malam buta tak tidur lagi ni? ish ish ish...*sambil menggelengkan kepala*

hhehhe baru saja habis melepak di blog PuanSarah&EncikTaufiq. banyak pula si isteri tu bercerita sampai tersenyum-senyum keseorangan aku depan lappy ni joyah.HAHA.*blushing* haish haish. ye, mereka sudah berkahwin dan memiliki seorang anak perempuan yang sangat comel yang kalau dah kat depan mata aku tu mau merah pipi budak tu aku cium cubit gigit.kuikuikui. bayangkan mereka yang sebaya aku yang sudah genap masuk umur 20 tahun dan memiliki anak yang berumur 6 bulan. heyy saya sangat jealous oke.hewhew =.="

sangat kagum dengan mereka kerana tabah menghadapi segala cabaran di usia yang muda untuk berkahwin dan memiliki anak. walhal mereka masih seperti aku, masih belajar, masih menuntut di universiti dalam jurusan yang mereka ambil. sedangkan aku kalau dekat kolej pun baru diberi tugasan yang tak seberapa sudah mengeluh tak tentu fasal (ni sebab tak reti bersyukur). inikan pula mereka yang pasti menghadapi dugaan yang sama ketika belajar ditambah pula dengan komitmen sebagai suami isteri dan juga ibu bapa kepada anak mereka. i should give salute to them. bukan senang nak menghadapi semua tu dalam hidup menjelang umur baru masuk 20 tahun. mereka telah mengorbankan masa remaja mereka dan sesungguhnya Allah amat menyayangi orang yang bersabar menempuhi dugaan hidup.

tiba-tiba teringat pula ayat ini "walau apa pun yang ada di hadapan kamu, hadapilah ia dengan senyuman.nescaya kebahagiaan milik anda" macam lupa pulak dari mana dengar ayat ni tapi bila teringatkan kata-kata itu, ia sedikit sebanyak mengembalikan sinar untuk meneruskan cabaran dalam hidup. mungkin pasangan yang bahagia tu mengamalkan prinsip ni lah kot (hadapi dengan senyuman) sebab terpancar sinar kebahagiaan di muka mereka. Alhamdulillah. sangat bahagia apabila melihat orang lain bahagia.




“Siapa yang bergembira melihat orang lain bahagia, lalu mendoakan yang terbaik buat mereka. Maka Allah akan campakkan kebahagiaan seperti mana yang mereka mahukan. Walaupun di uji dengan pelbagai rintangan, segala kepahitan terasa manis yang teramat-amat.”


ohh selain tu jangan lupakan ALLAH pulak ye. segala yang baik datang daripada ALLAH. segala yang buruk adalah kesilapan kita sendiri. walau apa dugaan yang kita hadapi sekali pun nescaya ALLAH telah sediakan hikmah yang sangat berguna untuk kita kelak. dan ketika kesabaran tu seakan sudah menghilang dalam diri, bacalah ayat ni:


Maksudnya: Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdo`a dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir".



walau apa pun terjadi, hadapilah dengan senyuman.. :) *prinsip hidup yang baru* :P

kucing pun pandai senyum tau. ;) sekarang boleh tidur dengan senyum melebar.kuikuikui. Assalamualaikum.
may ALLAH bless all of us. amin.. :)


CikDaunClover:
bila tengok orang senyum, baru hati jadi tenang. :D





the best moment ever (for 2012) :D

Assalamualaikum...

malas nak banyak cerita. nah selupuk aku bagi. hambek.. (17-19 Februari 2012)



selamat menjamu mata.. :)
CikDaunClover:
terasa diri glamor kejap.tapi tak glamor mana pun.. :P

ehhhh?


assalamualaikum.

sudah berabad lamanya beta tidak menjejaki site ini.dan setibanya beta ke perkarangan ini, diri sedikit agak begitu terpinga-pinga dengan persekitaran yang telah disajikan. apa sudah jadi? dibelek punya belek rupanya ini dashboard yang terbaru untuk blogger.com. kupikirkan facebook dan twitter saja ada pembaharuan. ini belog pun tidak mau kalah ya? hemohemo betul. kupikirkan tersalah masuk page. rupa-rupanya..jeng jeng jeng...


nasib kau lah nak.....jangan segala apa yang aku conteng kat sini hilang sudahlah. =.="
aku tak taulah kenapa dengan otak aku nih. asyik kering je memanjang. sebab tu blog ni pun bunyi cengkerik je  macam tak ada penghuninya. haish haish. nasib kau lah dapat owner yang pemalas macam haku nih. satu hape pun tak diupdate. huahua kesian kau nak. eh banyak nak diceritakan nih. tapi kejap ye. nak buang hajat dulu *tips untuk membasahkan otak* oke babai. :D

CikDaunClover: 
cuti sem masih berbaki 1 bulan setengah.hadoiii... =.="