mereka yang cute!

Friday, January 27, 2012

mereka berkahwin awal :)

assalamualaikum..
sudah ada di rumah gamaknya nih.minggu lepas tak puas hati sebab tak dapat cuti lama-->4 hari (jumaat-selasa) sebab ahad tu lecturer kesayangan classmates berkahwin and sabtunya terpaksa bermalam di sana untuk membantu apa yang patut.alorhh bukan tolong apa sangat pun.banyak menyemak je kerja.huahua :D
alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. sudah tak boleh dipanggil 'miss' lagi dah.almaklum..umur pun sudah dewasa, memang layak rasanya untuk beliau digelar sebagai seorang 'puan'. :) congratulation puan.semoga berbahagia dan kekal hingga ke syurga ALLAH.amin... :)

hurm..lately ni kemain ramai lagi tengok umur baya-baya aku ni sudah berumah tangga,mengecapi kebahagiaan yang diimpikan (ceh!).serious. semenjak banyak artikel yang ditunjukkan di facebook, iluvIslam, blog dan sebagainya menceritakan tentang kebaikan berkahwin awal, semakin ramai pula yang mengikut jejak langkah seperti yang diceritakan di dalam artikel yang dibaca.(serious ayat aku nonsense gila =.=") harap faham lah ye apa yang nak disampaikan ni.


bagi aku, mereka untung kot. actually sangat beruntung. mereka yang berkahwin awal, kebanyakannya masih menuntut di universiti, masih belajar di dalam bidang yang mereka apply. tetapi disebabkan ingin mengelakkan diri dari terlibat dalam kancah kemaksiatan, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin awal. bagi aku, penerimaan keluarga sangat penting. kewangan juga. aku percaya untuk mendapatkan kepercayaan dari kedua-dua belah pihak keluarga sangat susah. melainkan kedua-dua pasangan itu mempunyai ciri-ciri yang sedap mata memandang. lelakinya sering menempatkan diri di dalam masjid, selalu menjadi imam dalam kalangan kawan-kawan ataupun keluarganya. perempuannya pula, bertudung labuh, berniqab pula, al-Quran dijadikan sebagai bacaan harian. memang segalanya akan dipermudahkan oleh ALLAH. dan semestinya ibu bapa mereka akan memahami niat sebenar mereka. :)


dan kebanyakan mereka yang aku lihat mengamalkan nikah gantung. nikah gantung di sini bermaksud suami isteri duduk berasingan. kedua-dua mereka masih lagi ditanggung oleh ibu bapa. tujuan nikah gantung ini adalah untuk mengelakkan diri kita dari maksiat dan juga fitnah dunia. nampak macam couple tapi hakikatnya hubungan itu sudah bertukar kepada suami isteri. isn't that so sweet?? please take note that i really envy with them okay! :P tetapi menurut Ustaz Azhar Idrus sebaik sahaja si isteri melangkah masuk ke dalam rumah si suami, secara automatiknya tanggungan si isteri akan ditanggung oleh si suami. si suami wajib memberi nafkah zahir dan batin kepada si isteri jika si isteri memintanya. Allahu'alam.

apa-apa pun i am sure mereka mengambil risiko yang tinggi apabila berkahwin di usia yang muda. sesungguhnya perkahwinan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, tanggungjawab dan komitmen yang berterusan, kejujuran dalam perhubungan. menjaga hubungan kedua-dua belah pihak keluarga. almaklum...apabila sudah bernikah, tanggungjawab isteri sudah ditanggung oleh si suami secara total. suami mempunyai tanggungjawab yang sangat besar terhadap isterinya. dan si isteri perlulah menjaga adab dalam setiap apa yang dilakukan agar tidak mendapat dosa yang akan ditanggung oleh suaminya.and the most important thing is menjaga hubungan dengan ALLAH SWT.nescaya ALLAH akan bersama-sama orang yang sentiasa mengingati-NYA. :) *isteri hanya akan menyayangi suaminya apabila perintah ALLAH tidak dilanggar. :P *



sukanyaaaa tengok mereka berdua nih. berkahwin muda dan hidup bahagia je. and dah ada anak pun sekarang ni.comel jeee ^^, alhamdulillah...rezeki bersama mereka. they are inspiring me, you know. to Nur Sarah & Muhammad Taufiq i am happy to see both of you with your cutest daughter. wish both of you always happy and berkekalan until Jannah. amin ya rabb.... sorry tau main ambik je gambar korang ni.sweet sangat masalahnya.hehhe :D




CikDaunClover:
semoga impianku akan tercapai jua ya ALLAH.may YOU bless us.amin... :)