mereka yang cute!

Saturday, December 31, 2011

COUNTDOWN 2012 :: Belasan Tahun yang Akan Ditinggalkan

Assalamualaikum

PERHATIAN: Entry yang anda akan baca sekejap lagi merupakan entry yang poyo. jadi, untuk mencantikkan jalan cerita ini diharap anda sudi untuk menukar mood anda kepada jiwang-jiwang poyo seketika supaya dapat menghayati segala bait-bait kata entry di bawah ini.sekian. :P

hari ini yang bertarikh 31 Disember 2011 bersamaan dengan 6 Safar 1433 Hijrah merupakan hari terakhir bagi tahun 2011. tepat pada pukul 12.00 tengah malam nanti tahun 2011 akan menutup tirainya dan akan digantikan pula dengan 2012 yang akan memulakan tugasannya selama setahun nanti. selesai sahaja 2011 mengundurkan diri, akan berakhir juga sesi belasan tahun umurku secara tidak rasminya (kalau secara rasmi kena lah tunggu 4 bulan lagi ekk. tehehhe :B *ni bisik tau* :P) for sure i'm gonna miss my 19. sob sob T_T.

pada belasan umur ini aku belajar erti persahabatan, erti kasih sayang, tanggung jawab, komitmen pada pelajaran,guru,lecturer.pada belasan umur ini mengajar aku erti kepayahan mencapai kejayaan, aku belajar ketabahan hati menerima segala hukuman dan cacian daripada guru dan pensyarah hanya kerana aku seorang yang bergelar pelajar yang selalu melakukan kesalahan. pada belasan umur ini jugalah aku belajar bagaimana caranya berbakti kepada orang tua. bagaimana caranya untuk terus menjadikan kekasih ALLAH, Nabi Muhammad SAW sebagai role model dalam kehidupan seharian.bagaimana caranya untuk terus bertakwa dan beriman kepada Pencipta sekian alam, ALLAH yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.

kebanggaan terus menular di dalam diri. selama belasan tahun ini aku menjalani kehidupanku sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini, banyak yang telah aku pelajari. dari sekecil-kecil zarah sehinggalah sebesar-besar perkara (takdelah besar sangat kot). sedikit demi sedikit corak kehidupanku mula berubah. daripada menjadi murid darjah 5 yang baru belajar nak fokus dalam kelas, kemudian meningkat naik ke tingkatan 2-3 yang baru nak 'up' yang budget apa semua yang dibuat tu betul (padahal nonsense je), kemudian kematangan sedikit terpancar tatkala umur sudah mencecah 17 yang baru nak belajar mengenali dunia luar yang banyak pancarobanya dan dugaannya (serius ayat jiwang nak mati =.="). kemudian aktiviti seharianku mula berubah apabila sudah masuk ke dunia universiti. bergaul dengan pelajar yang bermacam perangai yang sudah pasti lagi besar cabarannya. selama 2 tahun di universiti, corak kehidupanku sering berubah-ubah. just like trial and error. sudah 'begini' bosan, tukar cara 'ini' pula. dah muak yang 'ini', tukar 'begitu' pula. sehinggalah kepada aku yang sekarang yang sudah cukup baik bagi aku. semoga istiqamah melakukannya dan berharap dapat diperbaiki sedikit demi sedikit mengikut hari-hari yang akan ditempuhi akan datang. fuhh! penatnya membebel. dan akhirnyaa.....





hari-hari yang bakal ditempuhi akan datang pada tahun yang baru ini pasti mencabar jiwa dan minda. dengan kenangan dan pengalaman yang bakal ditimpa diharapnya dapat mematangkan lagi diri dan menjadikan aku seorang yang lebih berani menghadapi apa jua rintangan selepas ini.

doaku pada-MU ya ALLAH, semoga diri ini tidak akan tumbang dengan lakon layar dan penipuan duniawi yang boleh memusnahkan masa hadapanku. semoga aku sentiasa beristiqamah melakukan apa yang sedayaku ini. semoga aku menjadi yang lebih baik pada masa akan datang kerana sesungguhnya aku akan menjadi celaka jika hari esok lagi teruk daripada hari ini. kuatkanlah imanku ya ALLAH. hanya pada-MU ku meminta dan hanya pada-MU jualah ku berserah. amin ya rabbal alamin....

CikDaunClover:
semoga hari esok lagi baik dari hari ini. insya-ALLAH. may ALLAH bless. ;)

Thursday, December 29, 2011

manusia pada pandangan ALLAH

Assalamualaikum..
salam hari Khamis semua.kejap je dah nak tahun baru. bermula tahun baru berakhir jugak cuti mid sem beta untuk semester ni.huahua.kejap bebenor cutinya.(nama pun cuti MID sem =.=") hari ini seperti biasa bergiat aktif lagi dengan berblogwalking terjah blog-blog orang yang awesome di dunia maya ini. and terbaca satu entry yang begitu menusuk jantung usus pankreas aku jugaklahh di blog orang ini

terasa macam nak menangis je rasa. ada jugak orang yang macam tu. errr tapi pada hakikatnya, ramai je manusia yang bermulut longkang  hanyir macam orang yang diceritakan dalam blog dia tu dekat dunia ni. di facebook contohnya, kalau tengok dekat home tu, memang ada je yang nak mencarut, mencerca, menghina dan 'men' yang sesuai dengannya dengan sebab-sebab yang tertentu. saya sebagai manusia yang punya kesensitifan yang tinggi ni (yeke?) agak begitu tidak selesa dengan kenyataan mereka yang boleh menyakitkan hati siapa-siapa saja yang membaca kenyataan mereka itu.

sebagai contoh:
"ehh engkau tu dahlah gemok! hodoh pulak tu.cermin lah diri tu sikit..ada hati nak rampas pakwe aku yang handsome tu. boleh jalanlah!"

"kau tu nak cakap cantik pun tak..hodoh je aku tengok. bodoh pulak tu. kesiannya aku tengok kau ni."

"tak payah nak budget sangatlahh. keluarga pun miskin. ada hati nak bergaya macam anak sultan.ceitt!"

woww! terkejut tak? terasa kan? kalau aku pun terasa. manalah tau orang yang berkata sedemikian tengah cakap pasal aku ke...? ehh ehh tapi ni contoh je tau. jangan ada yang terasa hati pulak ye. hehhe *ampun-ampun* tu kalau dekat facebook. cuba kalau orang tu depan kita. bayangkan orang tu mencerca kita face to face? sangat sadis for sure, kan? tapi.... perlu ke mereka katakan sebegitu rupa? kalau iye pun marah bebenor. apa yang mereka dapat dengan buat macam tu? konon buat macam tu boleh releasekan tension lah ye?hurmm... tetapi lupakah mereka?


ALLAH itu Maha Melihat kan? tak rasa malu ke pada ALLAH? even ALLAH pun tidak pernah mencerca, menghina makhluk-NYA. inikan pula kita manusia yang lemah, yang sentiasa ada cacat celanya, kita tiada hak langsung nak memandang rendah pada orang lain. sebaliknya, sebelum mencari kesalahan orang lain, betulkan dulu kesalahan yang ada pada diri sendiri. orang-orang yang dicerca seperti itu, mereka tidak layak mendapat itu semua. ALLAH mencipta manusia sebaik-baik umat. semuanya cantik di pandangan ALLAH. sesungguhnya ALLAH cantik dan sukakan kecantikan. :)

mungkin mereka banyak kelemahan, tapi kita tidak tahu di suatu sudut mungkin mereka ada kelebihannya. ALLAH Maha Mengetahui apa yang kita tak tahu. sebagai contoh orang yang bersuara sengau, dari fizikalnya   mungkin kita lihat tiada apa yang ada pada dirinya kecuali ke'sengau'annya, tapi dari sudut lain mungkin ALLAH menganugerahkannya dengan satu kelebihan yang kita tak nampak seperti diberi kekayaan, isteri yang cantik dan solehah dan sebagainya. ini menunjukkan bahawa sesiapa saja tak kira kita ni cacat ke, hodoh ke, gemuk ke, miskin ke, boleh mendapatkan apa yang diinginkan jika berusaha dan akan dimakbulkan oleh ALLAH.(berkait tak dengan topik? =.=")

Justeru, wahai orang-orang yang suka mencerca,orang-orang yang suka memandang rendah terhadap orang lain, ALLAH Maha Melihat, ALLAH Maha Adil, jangan sampai cercaan itu terkena pada batang hidung sendiri. jangan sampai diri sendiri lebih hina daripada orang yang anda hina itu. what goes around comes around. ;)

dan kepada orang yang pernah mendapat cacian, hinaan daripada orang lain tu, tak perlu lah nak bersedih. tapi jangan nak berbalas dendam pula. terimalah dengan hati yang redha. dan berdoalah semoga orang yang mengenakan anda itu akan mendapat hidayah dari ALLAH dan semoga tiada orang seterusnya yang menjadi mangsa cercaannya.




mood: bermuhasabah diri
may ALLAH bless all of us! amin... ;)


CikDaunClover:
perbaiki hari-hari anda dengan beristiqamah melakukan kebaikan. Insya-Allah. Allahu'alam. :)

Wednesday, December 28, 2011

#3 Wordless Wednesday








CikDaunClover:
ikut hukum ALLAH.nescaya ada kebahagiaan selepas kesakitan. itu janji ALLAH. may ALLAH bless. ^^,

kisah budak kecil itu...

assalamualaikum..
 sudah berabad lama rasanya beta tidak ketemu itu budak kecik. dan-dan semalam pulang ke kampung.aduh..bibik kamu ini kangen banget sama kamu taukk budak kecik.... <---- budak yang suka berlari ke sana ke mari.kaki tangan badan tak boleh duduk diam.bergolek ke sana ke mari mengganggu ketenteraman orang sekeliling. duduk tak sampai 10 saat dah berlari hilang entah ke mana. haisy sabar jelahh. tak taulah macam mana  ibu abah dia jaga. mak cik dia ni baru jaga tak sampai 5 minit macam nak pengsan je rasa.huahua

kemain busy budak kecik tu sekarang. patutlah tak reti duduk diam. nak tau apa yang di busy'kannya? meh mak cik dia cerita sini mehh.





i kebelakangan kedepanan ini busy je memanjang. ramai  bebenor orang mintak order nak jahit baju.almaklum..semenjak jadi assistant ibu i ni kan..makin ramai lah pulak customer yang mintak order.taulahh muka i comel...i tau..i ramai peminat.malaslah nak cakap.semua dah tau kot.ahak! (gedik gila =.=")



ni customer tetap ibu i ni. tak sudah-sudah suruh i call balik. habislah kredit ibu i nanti...i takde handset lagi...pinjam handset ibu jee.ibu tak bagi pakai handset sebab ibu cakap i kecik lagi.i tau i kecik.sebab tu i comel. :P manalah nombor cik Jebab Jenab ni? tidak kelihatan pula di sini. (8 minit kemudian)--> haa sudah ketemu.alaa keypad ibu ni beli baru jelah.penat i carik-carik tak jumpa tau.nonsense betul. (alasan)

'trutt trutt'.. halu halu...ada orang tak ni? penat tau i call janganlah tak dengar pulak. halu cik Jenab oii...

ehh cik Jenab nih.puk kang.suka-suka hati je dia letak call orang yang secomel i ni. i tak ambik order kang baru tau. menghabiskan kredit orang je kerja.


hello. hye baby. ehh i ter'call' number you ke?upss! tersalah tekan pulak. ha takpelah. i pun tiba-tiba terindu dekat you, you. jom kita bergayut. bla bla bla~ (rosak budak ni kalau jadi betui-betui.brrrr~ =.=")

* nak meng'snap' gambar yang betul-betul jadi gambar memang payah. memerlukan usaha yang gigih tanpa mengenal erti kegagalan baru berjaya snap gambar-gambar seperti yang tertera di atas tersebut. fuhh. gedik betul minah ni. nak hambek gambar dia sorang je pun berjam-jam. mana taknya. pengang kaki, tangan bergoyang. pegang kaki tangan, kepala pulak bergoyang. macam kau jugak lah tu. muka pun dah sepesen   <--- kata abah kepada budak kecil itu. yeke? ouhh malunya.

haiih cerita pasal budak kecik ni pun dah penat.huaaaa! penat tunggu kawan upload gambar dari tadi tak siap-siap sampai dah siap update blog ni pun tak diupload lagi.huaa sabar jelahh. macam nak tidur sekarang je gaya. baiklah,mari kita tidur! (gaya doraemon berkata-kata). Assalamualaikum.. May ALLAH bless all of us. ;)

CikDaunClover:
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan [Asy-Syarh : 5 dan 6]


Wednesday, December 14, 2011

#2 Wordless Wednesday


Assalamualaikum..









CikDaunClover:
Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu kecuali seseorang itu mengubah nasibnya sendiri. Allahu'alam. May Allah Bless. :)


Thursday, December 8, 2011

terabai =="

Assalamualaikum...
permulaan sem baru dengan benda baru bilik baru lecturer baru subject baru assignment baru jadual baru rutin harian yang baru yang haru biru laut hitam tompok-tompok kuning. erkkk!! =.=" berasa lega apabila mengenangkan kenangan sem 3 telah berjaya ditinggalkan dengan jayanya. bravo bravo * big clap sambil tersenyum lebar*

merupakan satu rekod bagi aku apabila berjaya mengurungkan kaki dalam hostel dan tidak menjejak tanah di kampung halamanku di Pontian selama 3 minggu. ngehngeh :D selalunya perkara sebegini agak pelik apabila berlaku sebab tiba je hari Jumaat cukup untuk 12 hari akan kulangkahkan kaki ini meninggalkan kolej dan menuju ke rumah halaman dengan muka penuh kepuasan. begitulah rutin harianku setiap 2 minggu setiap sem. tetapi tidak untuk sem ni. menjalankan rutin harian yang baru yang sedikit memenatkan tetapi menyeronokkan.

tanggungjawab pun makin lama makin besar makin berat. nebes pulak aku bila mengenangkan paper work kitorang yang memerlukan perbelanjaan yang agak besar dapat diterima atau tidak oleh timbalan rektor kampus kami. semoga perjalanan kami untuk meneruskan projek ini akan berjalan lancar.semoga kejayaan bersama dengan kami ya ALLAH..aminn.. :)


hey hey saia ade belog baru lahh.erkk maksudnya bukan blog ni (blog ni baru jugak ape =,=" *touching*) dengan bangganya di sini aku nak mengumumkan bahawasanya diri ini telah memainkan kayu tiga sambil bermain teng-teng bersama kekasih yang terbaru. yang ini selamat tinggal! aku tak perlukan kau lagi! cehh kenampakkan kebongkokkan  kebongkakkan kesituan.


                                  

alorhhh sedih bebenor muka tu. geget kang. grrrr! inchik MGT300 telah melamar diri ini untuk menjadikan saia sebagai ratu hatinya dan menjadikan dirinya yang pertama di hati ini. sangat berharap 'dia' akan membalas kebaikanku terhadapnya. ouhh menggeletisnya beta. so kepada kamu-kamu semua jangan teragak-agak untuk 'join this site' untuk mengetahui sedikit sebanyak information tentang blog ni. tapi buat masa sekarang ia masih dalam pembinaan. takde entry sangat pun.hahah

for you, my dear CikDaunClover II don't worry be happy. i'll always keep viewing on you day by day. I never let you alone. anytime i'll always care to you even put words here once a month. better less than never eyy :P. love you lahh. oke menggeletis lagi :P

oke dah cukuplah ni kot.  nak pegi menghafal ayat arab pulak. 273 patah perkataan wehh. nak mengingat ejaan lagi. gi-la. kalau tidak, kena berdiri atas kerusi lagi macam selasa lepas. haha macam kat sekolah je. malu makcik, students kat luar lalu tengok semacam je. cayalahh ustaz! even you did like that, I never mind. this is the best for us i believe. oke babai ;)


CikDaunClover:
baru je satu jam habis makan nasi goreng. tapi asal masih terasa lapar? =,="