mereka yang cute!

Wednesday, November 16, 2011

#1 Wordless Wednesday




Assalamualaikum. :)
















CikDaunClover:
May ALLAH bless us everyday.aminn.. :)

Monday, November 14, 2011

interior designer ke architecture?

Assalamualaikum...
malam tadi dah tersangatlahh bosan tak tau nak buat apa. sementa lah cuti sem masih berbaki seminggu lagi. mata pun macam dah berpinar-pinar je tengok skrin lappy ni. mana taknye. selama cuti sem ni takde kerja lain dah dibuat selain menghadap lappy 24 jam. tapi  nak buat benda lain macam takde je. =="

dahlahh mozilla firefox macam apa. aku ingatkan streamyx tak bayar lagi rupanya memang line mozilla agak macam siput. so aku bertukar arah kepada google chrome pula. lepastu tiba-tiba pulak ternampak chrome web store. aku pun terjah lah ke situ. lepastu aku ada ternampak sesuatu yang tertarik di mata aku.


 Autodesk Homestyler. benda ni menarik perhatian aku sebenarnya. kalau ternampak perkataan style ke, make over ke, design ke, landscape ke secara tak langsung mata ini akan tertancap seketika ke arah perkataan tersebut. agak teruja ye di situ. tak taulah kenapa.maybe minat. tapi tak berani pulak nak masuk dalam bidang ni secara serius.huahua >.<


 blur lah pulak. zzzzz.. =="




 start nak membuang masa. ngehhehe. mula-mula tu i was agak really blur. how to play this application hah? then after baca the instruction, i could imagine serba sedikit about this application. kau ni memang suka kan blur memanjang kiyah? adehh.. like my boyfriend said, kurang kering betul. aiyyarkk! hambek kau! T_T



then, aku pun try put all those things dekat my room. yang first level ni aku try buat bedroom lahh. style ouhh. sangat suka! tiba-tiba terasa diri ini macam interior designer or architecture. tak jadi betul-betul, jadi main-main pun jadi lahh.hahha ^^

dan setelah memerah keringat bertungkus lumus bersusah payah mengeringkan otak aku nih selama lebih kurang 3 jam, terhasillah my first touch dalam pembuatan bilik tidur in those application.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-









-




taraaa~!! how it looks like? by the way, this is just for fun. no function to do it pun. it just that i felt so puas sebab dapat membuang masa membuat benda yang aku minat.


yes i admit that i really love to design all those things, tapi untuk suka-suka sahaja. tak berniat langsung nak take serious pasal benda alah ni pun. sebab ramai lagi orang yang very talented otak geliga and i am sure i'm disable to compete dengan diorang. they are more deserve than me. and one more thing, nak bergiat serius dalam bidang ni, they have to be the creative one. otak mesti kena tajam and think out of the box. its hard actually. dan lagi menyusahkan apabila kena sacrifice tidur dengan buat segala projek bagai. seriously, saya tak mampu menghadapinya. hanya orang yang betul-betul tabah je yang boleh mengharungi kehidupan sebegini setiap hari.

hope mereka yang mengambil jurusan dalam bidang ni, interior design ke archie ke afford to face all the cabaran yang ditempuhi and berjuang lah sehingga ke titik dakwat yang terakhir. seriously i really salute to all you guys.

May ALLAH bless! ;)

CikDaunClover:
tak kemas barang lagi.urghhhh malasnyeee... =="

Tuesday, November 1, 2011

4 Hari di Bumi Helang

Assalamualaikum

masih terngiang di pelupuk mata betapa gahnya ciptaan Allah di bumi helang<---langkawi yang aman nan indah. betapa terujanya mata ini melihat pemandangan semula jadi yang maha hebat dek Pencipta yang Maha Kaya, Maha Agung, Maha Besar yang tiada tandingannya. Subhanallah! hanya itu yang mampu diungkapkan dengan kata-kata.

DAY 1:
on the way ke Arau, Perlis untuk menginap di sana sehari. as viewed daripada dalam bas UiTM di hatiku,


ni dekat Kedah rasanya. err tapi sebenarnya time dekat Kedah waktu dah malam.ni gambar google je.huahua *dush dush* hambek kau.okelah tu daripada takde.. :P

DAY 2:
Bergerak ke Feri Kuala Perlis menuju ke Langkawi.weeeeeeee~




check in di CENTURY SURIA CONDOMINIUM. kondo kauu.. bukan rumah tumpangan. ada swimming pool tau (jakun :P). heavennnnnnn~ ngehhehe :D



kami meneruskan lagi perjalanan ke kedai gamat--> Warisan Sireh Lagenda. mana datang sireh pun aku tak tau.=,=". tengok dalam kuali tu.ehh tu bukan arang lah jenab..ingat ni Pak Belalang ke bagi orang minum air arang.ni gamat yang telah dikeringkan dan telah dihancurkan dan telah diboilkan selama 14 hari sebelum menjadi minyak gamat yang selalu kita tengok nenek nenek kita letak kat lutut tuu..wahh dah boleh apply jadi informer dekat sini. terima kasih.. :)




*iklan kejap. err berangan? ehh suka hati lahh.kau ada? :P



singgah kejap ke KOTA MAHSURI tempat di mana Mahsuri dibesarkan, if i'm not mistaken. kalau saya salah minta ampun ya pak.. sekarang baru tahu yang sebetul-betulnya cerita di sebalik kematian Mahsuri. aku kan noob =,=". nak tau cerita sebenar? datanglah ke sini. :)


DAY 3:
jauh perjalanan daripada kondo.sampai juga ke tempat yang dituju. Oriental Village Cable Car. :)

ramai foreigner yang handsome kau. lagi-lagi pak Arab. Masha Allah.. nasib aku tak terpengsan.huahua. cover cover. minah saleh yang pakai spec tu macam kerek ada jugak aku tengok. lantak kau lah minah..

pemandangan dari dalam Cable Car. muka senyum? sebenarnya meng'cover' muka yang tengah cuak dalam tu. sebab? saia gayat lah awak. malu tau. keluar dari Cable Car kaki menggigil. awak ada? takde kan? :P
sempat juga ambik gambar dengan minah London. mana aku tau? memanglah aku tau.kau tak nampak aku duduk berdiri sebelah minah tu? sempat juga mulut aku ni menanya, "where are you from?" bajet friendly kejap..
 Hanging Bridge. selepas mengambil angin yang dingin di tingkat atas sambil melihat kebesaran Allah Yang Maha Agung, turun ke bawah pula(time ni kaki sudah terasa macam nak tercabut. tangga-tangga batu yang dituruni agak curam.dahlah gayat -.-'). nasib baiklah Hanging Bridge tu tak goyang. kalau tak memang kaki ni tercabut dekat situ jugak.


kaki yang masih terasa peritnya tidak lagi diendahkan bila diheret pula ke KILIM GEOFOREST PARK. masa tu macam malas dah nak jalan. tapi bila memikirkan betapa ruginya datang jauh-jauh dari Johor tapi tak pergi ke tempat yang dikatakan paling best dekat sini. aku pun ikut jelahh. 30 pun 30 lah makcik (2jam=RM30). ikut jelah.



 tengok yang atas tu. ada gaya penyu dak? second pic pulak. wajah orang dari tepi. Allah Maha Besar. :)


 third pic(atas ni). ada nampak macam mulut buaya? or kasut bahagian depan? dua-dua pun boleh... kau boleh buat? tak boleh.. hanya Allah Maha Sempurna yang mampu membuatnya. kun fayakun. :)


tak sia-sia aku mengheret kaki yang dah lenguh ini ke sini. sangat amazed dengan pemandangan yang disajikan. dengan menaiki bot yang menggunakan enjin berkuasa tinggi. sampai boleh berlumba pulak dengan bot-bot yang lain. sambil buat drift pulak tu. sampai tudung lecturer pun tercabut jadinya. huahua. saya suka tengok helang makan! sanat comel.... ^^,




Venue: Pantai Cenang
Time: 6.30 PM and above
Description: menjamu mata dengan melihat pemandangan matahari tenggelam pada waktu senja. alangkah bahagianya tika itu jika diriku bersama suamiku berhoney moon di sini sambil melayan perasaan. hurmm... ciss berangan! *dush dush!* kena lagi dua bijik.



pada malanya pula sempat pergi ke HiG untuk memborong cekelat... pergi Langkawi kalau tak pergi sini memang tak sah. kat sini lah kita nak tengok orang boleh tahan nafsu ke idak... nafsu beli coklat lahh. tapi nampaknya memang ramai yang tak tahan nafsu. hahha. alhamdulillah Allah masih melindungi diri ini daripada bersifat tamak haloba. hihi. nasib jugak aku ni bukan penggemar coklat. beli pun buat cukup syarat jee.. kang tak merasa coklat Langkawi yang harganya boleh dikatakan  bapak sangat murah bagi aku.

DAY 4: tiada gambar. sebab? semua sudah kepenatan melayan badan yang sudah lebam-lebam(hiperbola). tapi pagi tu sempat juga mengikut lecturer lecturer yang cute lagi gebu serbu mall bebas cukai yang berdekatan dengan kondo nan indah itu. hihi. mereka lah kot shopping. aku window shopping saja. malas nak menghabiskan duit dengan benda-benda yang boleh didapati di mana-mana sahaja. tapi kalau makanan tu wajib lah. tehehehe *untung laki dapat aku. tak gila shopping* huahua bajet! :P


CikDaunClover:
balik rumah muka jadi gelap.nasib kau lah nakkk... =,="