mereka yang cute!

Tuesday, March 29, 2011

trip MKT243

Assalamualaikum....

trip MKT243 aka marketing telah dijalankan pada 18mac2011 bersamaan dengan hari jumaat pada minggu lepas di Seremban, Negeri Sembilan.cehh gaya macam nak buat report je.(miss,extra mark ehh. xD).sepatutnya kami dibenarkan buat dekat area Johor je tapi disebabkan wakil kelas kami hantar paper work awal dan mereka begitu komited dengan tugasan ni.selepas dibentangkan dan berbincang baik baik dengan koordinator kampus,akhirnya kami berjaya membuat trip di Seremban.yayy! agak bangga lah jugak even bukan aku yang buat paper work tu kan.. xD

bawah ni antara aktiviti yang kami lakukan sepanjang trip sehari semalam tu..maleh nak cerita panjang.

sebelum bergerak ke somban.agak awal ye kami bergerak.pukul 6.30 kena kumpul ye.tapi ramai yang datang pukul 7.00 ye.biasala tuu...*bergambar dulu.peace... :D*


destinasi pertama yang dituju.JELITA OSTRICH SHOW FARM.memang sangat jelita ye ostrich2 di sana.tak percaya?tengok ni haa..

jelita kan....?dengan bulu matanya yang meliuk lintuk.ni baru betina.tengok jantan pulak..


weeewitt! handsome tuu.....lagi cantik dari betina.*lihatlah diriku* fakta:haiwan jantan akan lagi menarik daripada haiwan betina.ini fakta ye bukan auta. *ooo..baru saya tau...* pandai anak2 murid sekalian.

ketika otak sedang dicuci oleh pengelola kat ostrich farm tu.pengelola ke?err hembus jelahh..



tiba masanya untuk makan,anak2....meh sini mummy nak bagi makan ni.ala ala bucuk...best tau bagi makan kanak2 ostrich ni.bagi sekali nak lagi...ehh ehh mana cik daun?tak berani ke..?ehh ada jee..cuma malas nak inter frame... :P


eh ehh mana datang para kambing2 sekalian ni?kesian...mereka ni kurang kasih sayang..tengok orang lain duk sebok melayan ostrich yang bertaburan tu,mereka pun teringin jugak..kesiannya dia..manja2 macam cikdaun jugak.huahua.cikdaun?aku lah tuu... :D

its time tu menunggang ostrich..yeeeehaa...!! wah2 cik salimah habibi...vouge kamu ye.suka le tu dikelilingi mamat2 'pujaan himalaya'.himalaya ke?err..tak kot..ehh ehh saya tiada lagi?err...ermm...hehhe.gayat lah macek... :D

pijak jangan tak pijak.eh eh macam kenal je kan orang yang atas ni.err...abaikan.agak macam nak terjatuh ye.nasib baik tak pecah telur makcik ostrich nih.nampaklah ke'berat'an saya masih boleh dikira ringan kan... *perasan*


hey dapat makan satay ostrich.rasanya?rasa ostrich lah.bau?bau ostrich lah.bolehlah tahan.tapi tapi agak mahal kot.daging kemetot macam tu RM1.80...sangat kagum.

babai ostrich2 sekalian...sangat rindukan kecomelan kamu semua.our 2nd destination was YAKULT!


tara...!! haiih pakcik dua ekoq nih.suka betul menyelit.almaklum...mereka je ni hero malaya seantero kelaih(kelas) aku nih.nak jugak menyesat di sini.huahua



akak ni yang jadi 'tourist guide' kami semasa dekat dalam bangunan YAKULT yang tersergam indah lagi permai dan damai itu.tapi sayang,tak dibenarkan mengambil gambar time pemprosesan yakult ni berlaku.kang tak memasal ada kembar yakult pulak dekat Malaysia ni kan.tak memasal jugak cikdaun yang jadi mangsa.huaaa..


sesi taklimat bermula.macam khusyuk sangat je.tapi tapi akak tourist guide tu bagi air free tau.sanat best.saya sukaa... ^_^
fakta:yakult mengandungi bakteria baik yang bernama..err(tak ingat) yang dapat mencegah dari mendapat penyakit serta meningkatkan imune dalam badan.sekian :)




tara....motif?saja mencapub.dah tak tau nak buat apa lagi.itu sajalah report saya pada hari ini.sekian...trip pada hari itu sangat best ye.lecturer puji tau.yay extra 5 marks! (yakinnyaa.... =,=")


cikDaunClover:
baru lepas join ORIENTEERING 1MALAYSIA.best.dapat cuci mata.huahuahua (gatal! >.<)

Saturday, March 19, 2011

hey.mereka kawan saya oke. ;)

assalamualaikum....

semalam trip ke Seremban berjalan dengan lancar.alhamdulillah..best gila kot.orang jakun tak pernah nampak ostrich..memanglah..haha.tapi yang pasal tu aku akan cerita next post sebab nak tunggu picture2 dulu.ada kat kawan.kalau cerita tak banyak pics tak best pulak kan.heee..

entahlah sebenarnya tak banyak nak cakap apa pun.cuma nak habiskan masa nak merepek kat sini je(padahal kerja tak siap lagi nih.main aci redah aje main lappy sorang2 kat bilik ni ditemani akak seniorku yang tercinta yang tengah main game kat sebelah.huahua)ehem2 jangan lupa ye kak.dah interframe kejap nih.ngehehe~

tak adalah.tiba-tiba je teringat dekat para ahli dorm mate ku yang lama.rindu pulak dekat mereka.dah lama rasanya tak dengar kekecohan mereka.almaklum..since dah berpecah bilik..masing2 dah buat haluan sendiri.tapi kalau berjumpa tu bertegur la jugak.sambil berpeluk cium sekali.huahua

ni.meh2 sini nenek nak cerita sikit pasal kawan2 nenek ni haa..


haa..yang ini namanya adibah amira aka perulina.santek kan...? aku masih satu bilik dengan dia lagi.alhamdulillah...dia ni boleh dikatakan a girly one la.sebabnye kalau tengok all stuffs dia banyak yang bunga2..ala2 vintage laa.and dia ni dah macam stockiest je gayanya.kalau beli satu barang tu macam nak jual balik.tapi tu yang best tu.orang nak pinjam?hamek...(erkk suka2 aku je. xD)
tapi tapi dia ni.haisyhh...pandai laa..dean level oke last sem.sangat tercabar rasanya.and apa yang aku suka pasal my classmate aka my roommate ni,dia boleh control makan.even dia suka one of the food tapi kalau dia kata taknak.seboleh2 katakan tidak pada itu.demi untuk merealisasikan misi dia.salute beb! ;)
psst..dia dah ada boy.so tak payahlah nak gatal sangat nak dekat dengan dia oke. ;)




ibu! huhu.kitorang dulu panggil dia 'ibu' sebab cara dia macam mak orang.mean..kalau kitorang lambat bangun subuh..dia lah yang kejutkan..rajin mengemas pulak tu..untung siapa dapat dia ni tau.tapi aku rasa ada yang dah dapat kot.kot jelah..taknaklah buat kontroversi mengejut pulak kan.dia ni mula2 je pendiam..bila dah lama2 tu kan.wah3...mengalahkan cik jenab tepi longkang tu.ada masa naik mereng jugak otak aku melayan si salimah habibi nih.hilang dah segala emas dalam mulut tu.untunglaa....haha.peace.. ;)





oke yang ni aneh sikit.huahua.sebabnyaa...dia ni first masuk sini ingatkan chinese.pelik jugak.bila masa UiTM ada amek student chinese nih.bila selidik2 rupanya dia ibanese laa...ooo..orang iban rupanya..patutlah fluent je cakap melayu.aku ni pun ngengeng.haha.dia ni sangat beremosi ye.kalau dah nampak dia macam tu,just be aware.anda tidak akan dilayan.harap maklum.:) suka tengok dia ni due to protect kawan2.kalau ada apa2 she's the one who can solve it by..... her emotions.ngeee~ sangat komited time buat kerja.untung dapat teamworker macam dia ni.tapi..jangan sesekali permainkan dia.she'll hit you back! :P





ohh mak mentuaku.ekekee~ perangai dia ni tersangatlah manje.kalau jumpa tu kalau tak peluk cium tak sah.and dia ni sangat2 putih oke.kadang2 tu jealous pulak tengok dia.awak ni..kalau sehari tak kenakan orang memang tak sah...puk montot kang...haha.serious rindu gila time sem1 dulu.aku agak rapatlah jugak dengan dia nih.and aku suka sangat tidur kat katil dia.baring je terus lena.taktaulah apa yang dia letak dekat atas katil dia tu(peace.. xD)hope u'll be happy with him forever and after.dont play2 haa.. :P





yeahh.our artist! xD dia ni...kalau tengok lama2 macam orang korea pun ada.comel tau tak.huahua.dia ni tersangat gilakan SHINEE.aku pun tak taulah apa lah yang best sangat dengan boy band korea tu. :P and and aku suka the way she dance.wuiiyoo..dah boleh join g generation dah rasanya.awal-awal tu dia buat secara tersembunyi.ingat aku tak nampak ke..?mata aku tajam tau. :P lepastu boleh pulak buat concert dekat bilik kitorang.heee best tau.sanat comel ye.dia ni kalau gelak..masya-Allah.sabar jela macek.dah lama tak dengar dia gelak.rindu tau. :( dia ni boleh join kelab cik bedah.ehh ehh bukan bukan.kelab cik salimah habibi tu.kalau 2 orang dah bergabung..habislahh..kitorang yang lain senyap je..we call her mushinee :)





cik aja.....dia ni pun comel tau(aku rasa semua roommate lama aku comel *termasuk aku kot* ehem2 perasan pulak*)suka dengar bila dia berkata-kata.suara kecik jee.macam kanak-kanak riang tau.heee :P and kitorang gelarkan dia as ipin..betul betul betul! ;)
dia ni sangat-sangat pemurah.kalau kita nak bayar duit dekat dia,agak susah ye nak berkompromi.dia ni tolak rezeki ke ape? =,=" ehh ehh taklahh..pemurah..rezeki lagi banyak yang datang.selalu jugak bergaduh pasal duit ni sebab dia ni pemurah sangat..sikit sikit tak payah bayar.heyy ketok satgi..hahha





juliana evans! cantik kan...?dia ni agak hot la jugak dekat kampus.ramai je senior senior yang nak berkawan dengan dia ni.yang nak masuk jarum pun ramai.almaklum...cantik,comel,putih.siapa yang taknak cik nab hoii...(cik nab?ehh ehh tu patung arnab favourite aku. xD).dia ni kalau masuk GADIS MELAYU confirm boleh menang.yelahh,full package! baik pulak tu.susah betul nak nampak dia ni marah.tapi tapi satu jelah.ehh ehh dua kot xD.kalau gelak tu.hermm..macam sama je dengan mushinee.ngehhe.sekali gelak semua dah pandang dah.hee peace..tapi tu oke lagi.yang tak bestnya dia ni,kalau tengok movie ke..tengah cerita happy2 ke..just be aware siapa yang duduk sebelah dia tu.kalau tak kena cubit tak kena pukul memang tak sah.bukti?aku pernah kena.sampai lebam tau(err tambahan semata2 :D)tapi dia ni mesra..no wonder kalau ramai suka dekat dia.even aku sendiri pun suka dia tau. ;)




last but not least! cik adik comel yang kecil molek lagi periang.best kawan dengan dia nih.mesra alam..dengan siapa siapa pun boleh masuk.awak sangat periang oke.dulu pernah satu sekolah menengah dengan dia.form 2 pernah jadi classmate.tapi dulu tak adalah rapat pun.kalau jumpa pun senyum senyum je kot(tak perlu kata apa apa).sangat baik ye dia ni.dia ni pun tak pernah nampak marah ke atau berang.pernah lah sekali je.tu pun sebab ada yang nak carik pasal dengan dia.sampai aku aku sekali kot berang.tapi aku sikit jelaa(nak jugak. =,=").dia ni dari belakang kalau tengok macam budak darjah 4 je rasa.comel je.miss u babe! ;)


cikDaunClover:
rasa lega bila penyakit dah kebah.nak buat kerja pun rasa selesa.alhamdulillah..thanks to Allah. :)

Thursday, March 17, 2011

hey hey saya suka kerja saya :)



Assalamualaikum....
since dah masuk semester 2 ni,makin bertambah pulak tanggungjawab aku ni sebagai seorang pelajar tegar di UiTM.huahua.yelah kalau tak tegar maknanya dah lama dah aku jadi penganggur yang berjaya kat rumah aku yang indah lagi permai tu. xD

yelah memandangkan sem ni dipanggil 'short sem', jadi masa semua jadi 'short'. memang agak tunggang langgang jugaklah hidup aku ni (macam penunggang kuda menunggang kuda sampai tertunggang langgang  kuda tu dibuatnya) disebabkan nak uruskan masa dan nak sesuaikan dengan environment yang agak berbeza kalau nak dibandingkan masa sem 1 yang lepas. ini dinamakan 'sem shock' ye.tapi tak adalah semuanya nak shock.macam budak junior baru nak masuk u je rasa. =,="

baru je beberapa minggu daftar sem 2 dah macam-macam ragam yang berlaku.assignment jangan katalah.wahh..ni nak mendera ke nak membelai nih.bagus bagus..tu lah time tak ada kerja nak buat sibuk merungut 'bapak bosan' tak tau nak buat apa. tapi bila kerja bertimbun sibuk pulak merungut ni tak nak bagi lagi banyak ke? wah3...tak bersyukur punya anak! nah kau.dush dush!

hey hey.saya suka tau buat assignment MKT243 aka marketing. dengan bangganya mengatakan sebegitu. iklan aku & member2 group yang kami buat dah ditayangkan di khalayak umum(padahal dalam kelas tutorial je pn).chewwah.terasa bangga pulak diri ini.(bangga tu bukan riak ehh). lecturer siap puji lagi kami punya iklan yang paling canggih.haha poyo.iyalahh..tengoklah siapa yang edit kalau bukan owner blog ni sendiri.ups! terperasaan sudehh~ and aku sekali lagi perlu edit balik iklan tu untuk menjadikannya bertambah perfect untuk ditayangkan kepada senior part 6 pulak nanti.walaweyh..bilanya aku nak edit.besok dah gerak pergi trip.sabtu dah start nak tayangkan dekat budak part6.ermm..tiba2 perning pulak kepala hotak ni.huaaa..


cikDaunClover:
tiba-tiba selsema menyerang diriku.wawawa..tolonglah hilang kejap.banyak kerja yang perlu diselesaikan ni..
tolonglahh saya.. T_T


Monday, March 14, 2011

pembuka bicara

assalamualaikum..
fuhh finally dapat jugak aku membuat blog baru disebabkan blog lama tu....ermm...haihh..biasalah.time buat dulu form 4 tak silap aku.masih bodoh-bodoh alang gitu..tak buat verification account semua.nah kau! bila dah berabad tak update.dan bila terasa tiba-tiba nak buka.terus hancur musnah harapan bak kaca dilambung-lambung terjatuh ke kaki sendiri.kalau luka,sakit tuuu...T_T

then terfikir jugak lah lima enam belas kali nak buat baru ni.yelah yang dulu punya pun baru-baru je aktif.lama-lama hanyut dek kesibukan yang melanda diriku ini(bajet macam presiden uzbekistan je gaya. =,=") tapi tapi..keinginan untuk ada blog tu menebal jugak ekk.poyolah kau ni khairiyah..kalau lepas ni kau tak update banyak-banyak,aku siku tangan kau laju-laju kang.erkk.macam mana ekk nak siku tangan sendiri(lalalalaa~)

oke.memandangkan sekarang ni dah pandai nak meluangkan masa buat benda alah ni(yayy!),so aku ada misi yang perlu diselesaikan.macam zaman dulu kala(jengking)time baru-baru lagi ada belog..(orang tak heran pun khairiyah,awak dulu pernah ada blog ke tak..*ada aku kesah* xD)ermm..tapi tapi,misinya tak perlu dimention kat sini la kan..tak payahlah nak busy body sangat.ngehehe.and I hope this mission will be accomplish(hancus grammar)soon........

so..I'll see you soon..adios! wassalam.. :)



cikDaunClover:
tak sabar nak tunggu habis hari rabu.jumaat ada trip dekat soromban.nak makan daging ostrich! ngeee~ tak sabar rasa. :D